Harian Metro

Buru 55 ‘penyumbang dana’

-

Pihak berkuasa Turki mengeluark­an waran tangkap terhadap 55 orang termasuk beberapa ahli perniagaan kerana disyaki menyumbang­kan dana kepada rangkaian ulama Fethullah Gulen.

Ahli perniagaan yang ditahan didakwa membawa sejumlah besar wang keluar dan masuk dari Turki ke Tanzania, Uganda serta Kazakhstan sejak 2014, lapor

NTV.

Ankara mendakwa Fethullah yang kini hidup dalam buangan di Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu. Fethullah menafikan semua tuduhan itu.

Sementara itu, NTV melaporkan, polis dari unit jenayah kewangan Istanbul melancarka­n operasi di 57 lokasi berbeza, semalam. Ada antara suspek yang sudah ditahan.

Setakat ini, 36,000 dipenjara sementara menunggu perbicaraa­n berhubung kudeta itu manakala lebih 100,000 dipecat dari jawatan awam termasuk tentera, kehakiman serta perkhidmat­an awam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia