Harian Metro

Diskaun rai kejatuhan Park

-

Beberapa perniagaan di Korea Selatan meraikan keputusan Parlimenny­a untuk mendakwa Presiden Park Geun-hye, Jumaat lalu dengan pelbagai tawaran istimewa.

Sebuah hotel di bandar pelabuhan, Busan, menaikkan kain rentang di luar premisnya menawarkan penginapan percuma untuk semua biliknya sepanjang malam Sabtu susulan penggantun­gan tugas Park sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

Perniagaan lain seperti restoran, kedai muzik dan kedai pakaian turut menawarkan pelbagai diskaun meraikan kejadian bersejarah itu.

Malah seorang pemilik restoran yang biasanya menjual ‘gimbap’ dengan harga AS$2 (RM9) berkata, dia menawarkan harga jauh lebih murah sepanjang semalam untuk meraikan keputusan Parlimen itu. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia