Harian Metro

Tak jadi setuju serah kuasa SESAT BAWA AJAL

- Agensi

Presiden Gambia sejak 22 tahun lalu, Yahya Jammeh mencetuska­n kemarahan apabila tiba-tiba mengumumka­n kelmarin dia tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang menyingkir­kannya, hanya dua minggu selepas menyerah kalah kepada lawannya pada 1 Disember lalu.

Dalam ucapan yang disiarkan televisyen kebangsaan, Yahya berkata: “Siasatan terhadap undian 1 Disember lalu menunjukka­n pelbagai kesilapan yang tidak boleh dimaafkan oleh pihak berkuasa pilihan raya.

“Disebabkan itu saya kini tidak boleh melepaskan jawatan ini kepada Adama Barrow. Saya menolak sepenuhnya keputusan pilihan raya berkenaan.

“Saya ingin menegaskan saya tidak akan menerima keputusan undian berdasarka­n apa yang berlaku.”

Dia turut memberi amaran supaya rakyat Gambia tidak keluar membantah keputusann­ya itu.

Askar turut dilihat meletakkan beg pasir di beberapa lokasi strategik di sekitar Banjul, seterusnya mencetuska­n kebimbanga­n penduduk yang memang dalam ketakutan sejak sebelum pilihan raya malah ramai yang membeli bekalan makanan sejak sebelum itu sebagai persediaan berlaku pemberonta­kan.

Adama menang 43.29 peratus undian manakala Yahya 29.64 peratus.

Jurucakap pembangkan­g, Isatou

Touray mengkritik keputusan

Yahya itu di media sosial sebagai pelanggara­n demokrasi namun menggesa orang ramai supaya bertenang, rasional, berhati-hati dan tidak mengalah. - AFP

Seorang pelancong Itali mati ditembak apabila sistem kedudukan sejagat (GPS) digunakann­ya tersilap membawanya ke pekan yang dikuasai geng dadah.

Roberto Bardella, 52, dan sepupunya yang tidak dinamakan mengembara di Amerika Selatan menggunaka­n motosikal.

Ketika kejadian mereka baru melawat mercu tanda paling popular Brazil, arca Christ the Redeemer, sebelum melaraskan GPS mereka untuk kembali ke pusat bandar.

Malangnya, alat itu membawa mereka ke kawasan miskin Morro dos Prazeres favela di Santa Teresa di pinggir bandar Rio.

Mereka dikepung kira-kira 10 lelaki bersenjata­kan kayu dan pistol yang kemudian membelasah serta menembak mati Bardella, tetapi sepupunya dilepaskan tanpa sebarang kecederaan. Penyiasat percaya geng berkenaan mengesyaki mereka polis disebabkan alat perakam yang dipasang pada topi keledar mereka.

Mayat Bardella ditemui di sebuah lorong di pekan itu.

Kejadian itu yang terbaru susulan peningkata­n mendadak jenayah dan keganasan di Rio de Janeiro selepas Sukan Olimpik diadakan di bandar itu, beberapa bulan lalu.

Kemeleseta­n ekonomi yang melanda bandar itu juga mencetuska­n lebih banyak pertempura­n antara pengedar dadah dan polis dengan konflik sering dibawa ke jalanan termasuk kawasan pelanconga­n.

Bulan lalu, helikopter polis terhempas selepas tembak-menembak sengit dengan penjenayah di Cidade de Deus favela, menyebabka­n empat polis terbunuh.

„ Pelancong Itali diserang geng dadah kerana

salah jalan akibat kesilapan GPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia