Harian Metro

TEKAD TEBUS DUKA LALU

-

„ Jin Wei berpeluang rangkul juara GP Akhir Sirkit Kebangsaan

jika singkirkan Soniia

G(gambar)

oh Jin Wei tidak mahu mensia-siakan peluang muncul juara Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan selepas mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut bertemu Soniia Cheah, hari ini.

Pemain perseorang­an utama wanita negara itu gagal dalam misinya untuk muncul juara bagi dua edisi sebelum ini selepas kedua-duanya tewas kepada Tee Jing Yi.

“Saya menghormat­i Soniia kerana dia senior saya. Dia mempunyai banyak pengalaman beraksi di kejohanan antarabang­sa dan saya mahu belajar sesuatu daripadany­a.

“Saya rasa perlawanan esok (hari ini) agak sukar.

“Apapun, sejak beberapa minggu lalu saya bermain dengan baik dan mahu mengekalka­n rentak itu,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Pada aksi separuh akhir, Jin Wei tidak berdepan masalah menewaskan Ho Yen Mei 21-19.22-20.

Soniia pula mengejutka­n Jing Yi yang juga juara bertahan 19-21, 21-14, 21-18.

Sementara itu, dalam acara perseorang­an lelaki, Chong Yee Han mara ke final selepas menewaskan Tan Chun Seang 21-19, 21-14.

Dia akan membuat perhitunga­n dengan Lim Chi Wing yang menewaskan Goh Giap Chin 21-19, 11-21, 21-12 pada aksi separuh akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia