Harian Metro

PILIHAN TEPAT!

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ MHC nafi skuad negara pelengkap kejohanan selepas dibelasah

Belanda pada aksi sulung Piala Dunia Remaja

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tetap menganggap keputusan menghantar pasukan negara beraksi di Piala Dunia Remaja berlangsun­g di Lucknow, India, tepat.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, meskipun skuad negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas besar 2-7 di tangan Belanda pada aksi sulung peringkat Kumpulan B kelmarin, beliau berpendapa­t semua pihak tidak boleh menilai kemampuan skuad negara dengan hanya bergantung kepada satu perlawanan.

“Ini masalah orang kita, selalu melihat semua perkara sebagai negatif.

“Pertama sekali, mungkin ada orang kata kami salah kerana menghantar pasukan ke kejohanan besar seperti itu tanpa persiapan rapi.

“Sebenarnya, keputusan itu tepat kerana skuad negara berada dalam senarai pasukan menunggu untuk layak ke Piala Dunia.

“Jadi kami memang berhak pergi ke Piala Dunia selepas penyertaan Pakistan dibatalkan.

“Bukan kerana mereka suka Malaysia, maka slot itu diberi kepada skuad negara,” katanya merujuk kepada Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) yang memberikan tempat berkenaan kepada Malaysia selepas membatalka­n penyertaan Pakistan berikutan masalah visa pemain.

Subahan ditemui pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif MHC semalam.

Tegas Subahan, skuad negara juga diundi dalam kumpulan sukar iaitu bersama Belanda, Belgium serta Mesir.

“Saya akui kita bukan pasukan pilihan sebab sedang dalam proses pembentuka­n semula pasukan.

“Tapi saya fikir keputusan perlawanan pertama itu sebenarnya tidak begitu teruk kerana kita juga mampu menjaringk­an dua gol.

“Tiga tahun lalu ketika pasukan kita menamatkan saingan Piala Dunia Remaja di tempat keempat, kita juga tewas besar kepada Belanda dalam penentuan tempat ke-3/4.

“Jadi kita harus akui Belanda pasukan hebat. Tapi pasukan negara juga perlu belajar daripada kekalahan ini,” katanya.

Skuad negara akan turun pada perlawanan kedua peringkat kumpulan bertemu Mesir, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia