Harian Metro

GALAKAN IBU, BAPA PENTING

-

Sokongan ibu bapa kepada anak-anak penting dalam menentukan masa depan mereka. Begitu juga sokongan diberikan kepada anak-anak yang lebih cenderung untuk terbabit dengan dunia sukan khususnya badminton.

Tahukah anda ketika kita sering mengeluh masih tiada pengganti Datuk Lee Chong Wei, sebenarnya begitu banyak pemain berbakat di luar sana yang mampu mengikut jejak langkah jaguh perseorang­an negara itu.

Bagaimana saya boleh berkata begitu? Kerana saya terbabit dan dapat melihatnya sendiri menerusi Kem Bakat Badminton kerjasama antara Nusa Mahsuri serta Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Hanya selepas barisan pemain berbakat ini menyertai kem itu, hala tuju mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan badminton agak samar.

Kem Bakat Badminton tidak dapat melakukan pemantauan sepenuhnya ke atas pemain berbakat ini sebaik mereka menamatkan program itu.

Sayang bukan, jika mempunyai bakat besar tetapi tidak dididik dengan sebaik-baiknya, maka akan sia-sia sajalah bakat mereka itu.

Di sinilah ibu bapa sepatutnya memainkan peranan besar untuk menentukan hala tuju anak mereka pada masa depan.

Berusahala­h untuk membantu sebaik-baiknya bagaimana untuk mengembang­kan bakat anak mereka. Contohnya berkorban sedikit mengeluark­an duit poket dalam memasukkan anak mereka menyertai kelab badminton atau terus memberi galakan terbabit bersaing di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

Inilah dorongan yang saya maksudkan.

Di China contohnya, sokongan ibu bapa kepada anak mereka tidak perlu diragui lagi. Sebab apa? Sebab mereka cukup bangga sekiranya si anak dapat mewakili China yang mempunyai jumlah penduduk cukup padat.

Tidak seperti dulu, sukan badminton kini menjanjika­n masa depan cerah sekiranya kita mahu terbabit secara serius.

Jadi andainya kita sebagai ibu bapa melihat kecenderun­gan ke arah badminton itu lebih tinggi berbanding perkara lain, maka terus memberi sokongan kepada anak-anak kita.

Lihatlah bagaimana kejayaan Chong Wei serta barisan pemain negara lain yang boleh dikatakan mampu hidup selesa.

Sebab sukan badminton ketika ini dikendalik­an dengan begitu profesiona­l dan teratur sekali apabila ada saingan dari status amatur sehingga ke Siri Super yang setiap peringkat itu menawarkan hadiah lumayan.

Jadi kepada ibu bapa, buka mata seluas-luasnya untuk memberi galakan kepada anak anda.

Untuk anak-anak yang sememangny­a berminat dengan sukan badminton, teruskan berusaha memperbaik­i diri anda.

Percayalah kejayaan akan datang sekiranya anda terus berusaha dan tidak pernah mengenal erti putus asa.

Jumpa lagi.

„ Sokongan berterusan perlu bagi menggalakk­an anak muda

terus bergiat dalam sukan badminton

 ??  ??
 ??  ?? CHONG Wei (tengah) bersalaman dengan bakat muda.
CHONG Wei (tengah) bersalaman dengan bakat muda.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia