Harian Metro

TIADA YANG MUSTAHIL

-

SOALAN: Selepas kejayaan Azizulhasn­i Awang memenangi gangsa Olimpik Rio, populariti sukan berbasikal terutama trek semakin meningkat.

Nama Shah Firdaus Sahrom turut meniti dalam kalangan peminat negara yang dilabel mampu berada sebaris dengan Azizulhasn­i.

Apakah pandangan Shah Firdaus sendiri dengan harapan besar yang disandarka­n kepada dirinya.

“Saya akui bukan sesuatu yang mudah untuk mencapai tahap dan prestasi seperti Azizulhasn­i Awang dalam arena sukan negara.

Ramai yang melabelkan saya sebagai penggantin­ya kerana sudah mendapat pendedahan awal ketua jurulatih negara John Beasley.

Dari satu aspek ia boleh dilihat sebagai tekanan kerana

Hafiz Mat Ali,

Bangsar untuk bergelar pengganti Azizulhasn­i bukan suatu yang mudah dan tanggungja­wab itu besar. Bagaimanap­un, sebagai atlet yang matang, saya melihatnya dari sudut positif dengan menjadikan dirinya sebagai idola.

Malah, saya sudah menetapkan untuk bukan saja menyamai Azizulhasn­i, malah mahu menjadi lebih hebat daripadany­a satu hari nanti.

Saya tidak boleh meletakkan sasaran terlalu tinggi atau terlalu yakin, namun dengan kemampuan dimiliki, saya mampu menyumbang­kan pingat untuk negara di Olimpik 2020 Tokyo.

Ia bukan sesuatu yang mustahil jika saya mendapat pendedahan dan pengalaman mencukupi bermula tahun depan.

Saya tidak mempunyai pilihan selain berusaha dengan lebih keras semasa latihan dan paling utama, tiada perasaan mudah mengalah serta takut dalam mencuba sesuatu yang baharu.

Saya menyertai skuad elit dan mula menjalani latihan bersama Azizulhasn­i sejak 2014. Sejak itu saya melihat semua kesungguha­n dan pengorbana­n dirinya untuk ke Olimpik.

Ia bukan perkara mudah dan saya melihat dia sebagai pelumba dengan kekuatan mental tinggi yang secara tidak langsung memberikan motivasi kepada saya untuk meniru apa yang dilakukann­ya.

Saya bertuah kerana dikeliling­i keluarga, jurulatih, rakan sepasukan serta beberapa pihak lain yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaa­n sekali gus membakar semangat untuk terus maju.”

„ Shah Firdaus tekad ikut jejak langkah

Azizulhasn­i dalam arena basikal

 ?? Shah Firdaus Sahrom ?? Saya tidak boleh meletakkan sasaran terlalu tinggi atau terlalu yakin, namun dengan kemampuan dimiliki, saya mampu menyumbang­kan pingat untuk negara di Olimpik 2020 Tokyo” SHAH FIRDAUS jadikan Azizulhasn­i sebagai idola.
Shah Firdaus Sahrom Saya tidak boleh meletakkan sasaran terlalu tinggi atau terlalu yakin, namun dengan kemampuan dimiliki, saya mampu menyumbang­kan pingat untuk negara di Olimpik 2020 Tokyo” SHAH FIRDAUS jadikan Azizulhasn­i sebagai idola.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia