Harian Metro

CARI MACAM ROSBERG

- AFP

„ Wehrlein antara calon pilihan Wolff

Pengurus Mercedes Toto Wolff berjanji akan membuat keputusan berani ketika berdepan dengan situasi terdesak mencari pengganti juara dunia Nico Rosberg.

Rosberg mengejutka­n dunia Formula Satu apabila mengumumka­n persaraann­ya lima hari selepas menjadi juara tahun ini.

Wolff yang bekerja keras untuk mendapatka­n pemandu baru bagi bersaing di samping bintang Mercedes Lewis Hamilton musim depan selain ujian pramusim dijangka bermula Februari, mahukan senario dihadapiny­a diselesaik­an secepat mungkin.

Juara dunia dua kali Fernando Alonso yang memasuki tahun terakhir kontrak tiga tahunnya bersama McLaren, dikaitkan dengan Mercedes.

Pemandu Williams Valtteri Bottas turut dilaporkan sebagai calon, tetapi Wolff mungkin mengambil keputusan memilih bekas pemandu ujian Mercedes Pascal Wehrlein yang berusia 22 tahun.

“Jelas, keputusan Rosberg untuk bersara membuatkan kami berada dalam keadaan tertekan. Jika kami tahu mengenainy­a tiga bulan lalu, mungkin pilihan lebih banyak,” katanya kepada Sky Sports F1 kelmarin.

“Mungkin kami perlu membuat keputusan yang berani sebagai mana yang Rosberg lakukan.”

Siapa yang menggantik­an Rosberg akan mempunyai kesukaran untuk mengisi tempatnya dengan Wolff mengakui keputusan pemandu itu bersara sebagai tamparan hebat.

“Rosberg akan meninggalk­an jurang yang besar kerana bukan saja dia pantas, tapi berupaya untuk menekan Lewis,” katanya.

“Mereka berupaya untuk memberi saingan terhadap satu sama lain. Justeru, keadaan itu mendorong mereka beraksi baik dan mencapai matlamat kami untuk meraih kemenangan.

“Keupayaan teknikalny­a memberikan kami hala tuju dan sebagai sebahagian daripada pembanguna­n kereta, kami akan terasa kehilangan­nya.

“Siapa yang menggantik­an Rosberg perlu bekerja keras untuk menyaingi pencapaian­nya itu.”

 ??  ?? WEHRLEIN
WEHRLEIN
 ??  ?? BOTTAS antara yang dikaitkan dengan tempat Rosberg.
BOTTAS antara yang dikaitkan dengan tempat Rosberg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia