Harian Metro

Howell temui sentuhan semula

-

Hong Kong: David Howell bangkit daripada ketinggala­n untuk menyamai rekod lapangan 63 pukulan di kejohanan golf Terbuka Hong Kong semalam ketika bekas pemain Piala Ryder itu menjumpai semula sentuhanny­a.

Pemain berusia 41 tahun dengan ranking ke-228 dunia itu, menewaskan pemain nombor satu dunia ketika itu, Tiger Woods untuk menjuarai HSBC Champions di Shanghai pada 2005, melakukan tujuh bawah par 70, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pencabar kejohanan.

Catatan birdie dan eagle yang dilakukan pada sembilan lubang kedua menjadi platform persembaha­n cemerlang itu dan selepas terselamat daripada pusingan kedua, kelmarin, Howell menyerlah untuk terikat

Madrid: tempat kedua pusingan ketiga.

Dia yang menyamai rekod lapangan yang sebelum ini dipegang bersama Chris Wood dan Lucas Bjerregaar­d, hadir di kejohanan pembukaan Jelajah Eropah 2017 selepas berehat enam minggu akibat kecederaan kaki.

“Saya akhirnya dapat menjumpai semula sentuhan dan gembira dapat melakukann­ya di sini,” kata pemain Inggeris itu.

“Tidak bermain enam minggu, mungkin cara terbaik untuk memulakan musim dengan menduduki lima tempat teratas, penamat 10 terbaik.”

Howell yang hanya menang dua kali sejak menjulang trofi HSBC Champions dengan terbaru, mengunggul­i Alfred Dunhill Links Championsh­ip pada 2013, mengakui dia mengalami tahun sukar.

“Kalendar tahun lalu begitu sukar buat saya kerana terpaksa berhempas pulas dengan kecederaan,” katanya.

Semalam, catatan terbaik Howell adalah eagle yang dilakukann­ya pada lubang ke-10 par empat dengan jarak 367-ela, apabila pukulan kuatnya dari tee menyaksika­nnya hanya perlu melakukan putt mudah. - AFP

 ??  ?? HOWELL terikat tempat kedua pusingan ketiga.
HOWELL terikat tempat kedua pusingan ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia