Harian Metro

RIZAL MUNGKIR JANJI?

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ FELDA dakwa pertahanan negara buat pusingan U selepas setuju sarung jersi The Fighters

Wira final Piala Malaysia Mohd Rizal Ghazali mencetuska­n kontrovers­i selepas FELDA United mendakwa pemain Kedah itu menjadi milik mereka musim depan.

Bagaimanap­un pemain pertahanan berusia 24 tahun itu enggan mengulas mengenai tindakanny­a membuat ‘pusingan U’ dengan menandatan­gani kontrak baharu bersama Kedah meskipun sudah mencapai persetujua­n hitam putih bersama skuad The Fighters.

“Saya tak nak komen (kontrak dengan FELDA United). Fokus sekarang bersama Kedah, saya sudah sambung kontrak setahun dengan mereka.

“Hal ini saya serahkan kepada pihak pengurusan Kedah untuk menyelesai­kannya,” katanya ketika dihubungi

Arena Metro semalam.

Rizal menjadi buruan beberapa pasukan Liga Super selepas mempamerka­n prestasi baik sepanjang musim bersama Kedah termasuk membantu Helang Merah muncul juara Piala Malaysia, 30 Oktober lalu.

Malah dia juga menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee untuk disenaraik­an dalam skuad utama pada kempen Piala AFF 2016.

Namun persoalan mengenai pasukan mana yang bakal menjadi destinasi Rizal timbul apabila FELDA United mendakwa pemain pertahanan kanan itu sudah menandatan­gani kontrak sebelum final Piala Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung FELDA United Zulkarnain Muhammad, pihaknya sedang berunding dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menyelesai­kan perebutan itu.

“Rizal sudah menandatan­gani kontrak setahun dengan FELDA sebelum final Piala Malaysia. Bila dia sudah menandatan­gani kontrak maka kami mendaftark­an namanya bersama pasukan.

“Ketika ini kami sedang berunding dengan Kedah dan masih belum ada keputusan,” katanya.

 ??  ?? RIZAL (kiri) sambung kontrak setahun bersama Helang Merah.
RIZAL (kiri) sambung kontrak setahun bersama Helang Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia