Harian Metro

‘Belum pasti kekal di Selangor’

-

Kuala Lumpur: Penyerang Ahmad Hazwan Bakri

masih belum membuat keputusan mengenai kedudukann­ya bersama Selangor susulan kemelut dalaman yang menimpa Red Giants ketika ini.

Pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu masih mempunyai kontrak setahun dengan Selangor namun persiapan pasukan yang tidak menentu kerana masalah kewangan, meletakkan dirinya dalam keadaan tersepit.

“Belum tahu lagi (kekal bersama Selangor), tengok keadaan. Saya masih ada kontrak dengan Selangor tapi kena bincang dulu dengan pihak pengurusan,” kata Hazwan kepada Arena Metro semalam.

Nasib Selangor musim depan masih belum pasti selepas

kiri)

(dua

kerajaan negeri membuat keputusan tidak mahu menyalurka­n bantuan kewangan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Pergeseran antara Presiden FAS yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dengan barisan Exco dikatakan menjadi punca kemelut dalaman itu.

Sehingga kini, skuad juara Piala Malaysia 33 kali itu masih tidak mempunyai jurulatih dan tidak mengambil pemain baru termasuk import.

Pertemuan pihak pengurusan pasukan dengan 14 pemain yang masih memiliki kontrak yang dirancang semalam dibatalkan kerana ada pemain tidak dapat hadir.

Hazwan yang menjadi wira Selangor pada final Piala Malaysia 2015 dilaporkan diintai beberapa pasukan termasuk Johor Darul Ta’zim (Johor DT). “Memang ada pasukan berminat tapi saya tidak boleh buat keputusan kerana masih ada kontrak. Kalau boleh mahu kekal dengan Selangor selagi mereka memerlukan khidmat saya tapi segala-galanya bergantung kepada perbincang­an nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia