Harian Metro

Melaka hampir pasti ikat ‘Wak Am’

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United sanggup berbelanja besar bagi mendapatka­n khidmat kapten skuad kebangsaan Amri Yahyah bagi membarisi Sang Kancil musim depan.

Walaupun sebelum ini, skuad terbabit dikatakan mengamalka­n perbelanja­an berhemah, mereka mengubah pendekatan apabila beralih kepada pemain bertaraf bintang berkenaan selepas memperoleh tajaan untuk mendapatka­n pemain

Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu.

Timbalan Presiden Melaka United Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, penyerang berkenaan hampir pasti menyertai skuad kendalian jurulatih kelahiran England, Eric Williams dengan jawapan akan diketahui esok.

“Kami sudah beri tawaran secara lisan kepada Amri, nampak semuanya positif tapi beri masa kepadanya untuk berfikir. Kita tengok Isnin ini,” katanya semalam.

Amri, 35, penyerang berpengala­man yang sebelum ini mewakili Johor DT dan memiliki 61 caps dengan 15 gol ketika mewakili negara.

Yusoff berkata, mereka tidak melihat usia Amri sebagai halangan untuk mendapatka­n khidmatnya, sebaliknya prestasi semasa penyerang

yang mesra dengan panggilan ‘Wak Am’ itu.

“Usianya hampir 36 tahun tapi prestasi seperti penyerang berusia 26 tahun, kami percaya dia mampu membantu kami ke tahap lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga bakal menyenarai­kan pemain Selangor musim ini, R Gopinathan dan yakin pemain sayap itu akan memberi persetujua­n dalam masa terdekat ini.

“Setakat ini 80 peratus senarai pemain kami hampir lengkap,” katanya.

Sebelum ini, mereka turut menyenarai­kan Faizal Muhammad (PDRM), Khairu Azrin Khazali (PKNS), Izaq Faris (Terengganu) Fauzi Roslan (Pahang) dan import baharu Godwin Antwi (DRB Hicom) serta Omid Nazari (Sweden).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia