Harian Metro

FAIZ PERLU KERJA KERAS

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Erdiehazzu­an Ab Wahid hmkk@hmetro.com.my

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianath­an berpendapa­t cabaran lebih besar bakal dipikul Mohd Faiz Subri andai pemain Pulau Pinang itu memenangi Anugerah Puskas 2016.

Beliau berkata, Faiz sudah menjadi ikon kepada pemain muda dan dia seharusnya memberikan prestasi lebih baik selepas ini.

“Kejayaan Faiz itu nanti akan menjadi dorongan kepada pemain muda. Semua pemain muda nak jadi sepertinya, mahu membuat sepakan percuma menarik sepertinya, jadi Faiz kena tunjukkan permainan lebih baik kepada pemain muda. Kota Kinabalu: Dua pemain import berasal dari Perancis dan Jepun sah diikat Sabah bagi menyarung jersi pasukan itu dalam mengharung­i saingan Liga Perdana musim depan.

Kedua-dua yang pernah beraksi dalam Liga Singapura dengan Jonathan Behe mewakili Warriors FC manakala Masaya Jitzono (Albirex Niigata) menyatakan persetujua­n dan sudah menandatan­gani kontrak kelmarin.

Ketua jurulatih Steve Vilmiaire mengakui gembira mendapatka­n khidmat dua pemain berkenaan bagi mengembali­kan zaman kegemilang­an pasukan itu pada musim 2017.

“Jonathan diyakini mampu membantu kami mengatasi masalah di bahagian serangan kerana sebelum ini dia menjaringk­an 19 gol daripada 23

“Selepas ini saya percaya ramai pemain muda akan mengikuti perkembang­an Faiz, menyaksika­n aksinya di padang, jadi ini akan menjadi cabaran besar buatnya,” kata Sathianath­an ketika dihubungi Arena Metro.

Faiz, 29, hanya selangkah lagi untuk melakar sejarah besar bola sepak tanah air apabila disenaraik­an bersama Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) sebagai finalis anugerah Puskas 2016.

Jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ dan berjaya mencuri perhatian serata dunia selepas menjadi viral di laman sosial.

Menurut Sathianath­an, beliau yakin keunikan gol Faiz itu mampu melayakkan­nya merangkul anugerah Puskas yang bakal diumumkan pada 9 Januari depan.

“Saya yakin peluangnya untuk menang agak cerah tapi kejayaanny­a berada dalam senarai tiga terbaik sudah boleh dibanggaka­n.

“Dulu masyarakat luar, terutama di Eropah tidak tahu orang Malaysia main bola, ada liga profesiona­l, tapi sekarang kita sudah dikenali,” katanya.

„ Sathianath­an mahu calon Puskas jadi contoh

terbaik anak muda

 ??  ?? FAIZ (tengah) perlu tingkatkan latihan untuk jadi ikutan anak muda.
FAIZ (tengah) perlu tingkatkan latihan untuk jadi ikutan anak muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia