Harian Metro

Tak boleh tarik diri daripada Liga M

-

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam mengingatk­an mana-mana pasukan supaya tidak sewenang-wenangnya menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas membuat pendaftara­n.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh menghalang pasukan negeri atau kelab untuk menarik diri namun implikasi yang bakal dihadapi sangat besar termasuk penggantun­gan daripada menyertai liga untuk tempoh tertentu.

“Demi kebaikan bola sepak dan pemain, kita tak boleh halang mana-mana pasukan menarik diri apatah lagi yang berdepan masalah kewangan. Kalau halang dan kemudian mereka ada masalah gaji atau sebagainya, adakah kita akan bertanggun­gjawab?

“Sepatutnya pasukan atau kelab fikir dulu sebelum membuat pengesahan pada 30 November lalu dan bukannya menarik diri saat akhir. Ini akan menjadi perjalanan liga kita tunggang langgang.

“Kita boleh terima sebarang penarikan diri pasukan tapi sudah pasti ada tindakan yang perlu kita fikirkan. Mungkin kita akan minta kerjasama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk tidak benarkan pasukan yang menarik diri untuk beraksi dalam liga bagi tempoh tertentu dan jika mahu kembali beraksi kena bermula dengan Liga FAM,” kata Kevin kepada Arena Metro semalam.

Berbaki lebih kurang sebulan sebelum kempen Liga-M bermula, kedudukan beberapa pasukan untuk bersaing khususnya dalam Liga Super masih belum pasti ketika ini akibat dihimpit masalah kewangan dan teknikal.

Terbaru, membabitka­n Kelantan yang kemungkina­n terpaksa menarik diri pada 15 Disember ini jika gagal mendapat suntikan kewangan daripada penaja.

Selangor juga berdepan masalah tidak mendapat dana daripada kerajaan negeri manakala PKNS FC masih belum selesai dengan isu teknikal pendaftara­n mereka.

Sebelum ini FMLLP menerima penarikan diri DRB Hicom dalam Liga Perdana atas masalah kewangan dan kekosongan itu diisi ATM yang menamatkan kedudukan di tangga ke-11 liga musim 2016.

Ketika ditanya mengenai situasi Kelantan itu, Kevin berkata pihaknya masih belum dimaklumka­n secara rasmi mengenai hasrat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

“Saya tidak diberitahu secara rasmi mengenai kes Kelantan jadi tidak boleh beri sebarang penjelasan lanjut. Apapun saya harap setiap pasukan ambil langkah terbaik untuk memantapka­n sistem pengurusan mereka, kita tidak mahu ada pasukan hilang begitu saja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia