Harian Metro

KEMBALI KE PENTAS TEATER

-

Sebagai pencinta dunia lakonan, Tasha tidak teragak-agak mengajak pendatang baru untuk cuba berlakon teater jika dapat peluang.

Katanya, jika tiada peluang diberi, cipta peluang itu dan pasti dapat menajamkan lagi ilmu lakonan sedia ada.

“Setiap pelakon inginkan kualiti dalam lakonan dan ini satu cara untuk menggarapn­ya,” katanya.

Bagi mengubat rasa rindu lepas dua tahun tidak berteater secara serius, Tasha bakal beraksi dalam teater Putera La Galigo yang dipentaska­n selama tiga hari bermula 16 Disember ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Di pentas teater saya dapat menyerlahk­an bukan sahaja bakat lakonan, malah nyanyian atau monolog. Dalam teater ini, saya juga bersilat dan menyanyi. Ia pengalaman yang bagus untuk saya terus serius dalam bidang ini,” katanya.

Menerusi teater arahan Rosdeen Suboh itu, Tasha melakonkan watak Puteri Perak di samping pelakon hebat lain seperti Amar Asyraf, Raja Azura, Ainul Aishah dan Wan Raja.

Bagi peminat yang merindui lakonan Tasha di TV, dia bakal muncul dalam beberapa telefilem dan drama antaranya telefilem Ayah Bohong Lagi, Cikgu Karim Ghau Ghau dan Biar Biola Berbicara.

Untuk drama pula, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambar­an Diari Cinta Kita yang turut dibintangi Fezrul Khan dan Ayu Raudhah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia