Harian Metro

Awan berarak mendung berlalu

-

Ketika nama di puncak dan punya jutaan peminat, ramai yang mengejar dan memuja tetapi apabila putaran roda berada di bawah, semua itu tinggal kenangan.

Ketika itu mungkin masih ada yang mengenali tetapi tiada lagi yang peduli, apatah lagi memberi peluang dan ruang untuk menyanyi atau berlakon.

Begitu juga apabila berlangsun­gnya majlis anugerah, hanya mereka yang masih popular atau relevan dengan industri akan diundang. Tinggallah mereka ini menjadi pemerhati dari jauh dengan perasaan terpinggir dan dilupakan.

Tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu kerana semua itu adalah rahsia Allah Yang Maha Besar.

Siapa sangka penyanyi yang pernah mengecapi saat dijulang dan dipuja suatu ketika dahulu kemudian di penghujung usianya hidup sendirian dalam bilik kecil yang menjadi dunianya, kembali menggegark­an pentas di majlis anugerah.

Langit tidak selalunya cerah dan awan mendung juga akan berarak pergi. Begitulah putaran roda penyanyi Sahara Yacob apabila diberi peluang beraksi di majlis Anugerah Melodi 2016 yang berlangsun­g julung kalinya, malam tadi.

Sahara yang mendapat jolokon Tina Turner Malaysia pada era kegemilang­annya, turut menyanyi dalam satu segmen khas dalam majlis dianjurkan TV3 itu.

Dalam rasa keharuan ketika dihubungi Jumaat lalu, Sahara atau Zaharah Mohd Yacob akui peluang itu memang tidak disangkasa­ngka sama sekali.

Katanya, tidak pernah terlintas sedikit pun di hatinya yang dia akan kembali menyanyi dalam

Sahara syukur diizinkan-Nya terus menyanyi

majlis hebat seperti itu. Ucapan syukur juga sering meniti di bibirnya ketika berpeluang hadir di malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke28 (FFM28) pada 5 September lalu.

“Dulu selama bertahunta­hun dalam bilik kecil yang menjadi dunia saya tetapi kini dibawa kembali naik ke pantas untuk menghiburk­an peminat.

“Peluang diberikan ini memang cukup menyentuh hati saya. Ia juga perubahan yang terlalu besar dalam hidup saya. Tidak sangka Allah masih izinkan saya terus menyanyi,” katanya sebak.

Diberi lagu popular Wings, Peronda Jaket Biru, Sahara gigih berlatih selama empat hari menjelang majlis berlangsun­g.

Harapannya ialah terima persembaha­nnya seadanya kerana sudah berusaha melakukan yang terbaik. Sahara juga terharu turut mendapat tajaan pakaian agar penampilan­nya hebat pada malam itu hasil rekaan Anas Abdullah.

Semoga ia menjadi permulaan yang baik buat Sahara dalam melangkah tahun baru sekali gus mengecapi kebahagiaa­n dalam menjangkau usia 60 tahun pada 13 Januari 2017.

Keperitan hidup Sahara sebagaiman­a didedahkan Berita Harian sebelum ini mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila meluluskan penyewaan unit kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Sungai Besi.

Sejak berpindah ke rumah baru, ramai yang menziarah dan menghulur bantuan kepadanya. Hidupnya kini kembali bersinar dan lebih bermakna.

Kepada artis muda yang kini berada di puncak, ingatlah suatu ketika nanti putaran itu akan tiba buat kalian, lambat atau cepat saja yang membezakan­nya. Persiapkan­lah diri dan bersediala­h untuk berhadapan dengan detik itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia