Harian Metro

Mimi ingin jejaki Yuna

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kagum dengan kegigihan idolanya bina karier di Amerika Syarikat

Melihat kejayaan penyanyi Yuna melakar nama di pentas antarabang­sa, sesiapa pun pasti menjadikan penyanyi yang mula dikenali melalui lagu Dan Sebenarnya itu idola mereka.

Anggota One Nation Emcees, Mimi, akui sangat mengagumi kerja keras Yuna dan menjadikan kejayaan penyanyi itu sebagai motivasi untuk terus bergerak dalam industri seni suara.

Pencapaian membanggak­an itu membuatkan semangat Mimi turut berkobarko­bar untuk mencipta kejayaan sendiri. Penyertaan­nya dalam pertanding­an D’Academy Asia tahun lalu juga adalah satu cara untuk menembusi pasaran luar negara.

Katanya, dia ingin mencontohi semangat juang Yuna dan sikapnya yang tidak mudah berputus asa apabila membuat keputusan membina kerjaya di Amerika Syarikat.

“Dia membuat keputusan besar dan berani itu ketika usianya masih muda. Ramai yang memandang sebelah mata dan beranggapa­n ia percubaan yang siasia.

“Namun kerja keras Yuna akhirnya berbaloi. Tengok sahajalah kejayaanny­a. Semua orang bangga dengan kejayaanny­a kini. Saya sendiri kagum dengan usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa,” katanya.

Mimi bangga melihat Yuna berpeluang berduet dengan Owl City menerusi lagu Shine Your Way yang menjadi runut bunyi untuk filem animasi The Croods.

Yuna juga berduet dengan Usher melalui lagu Crush dan berkongsi pentas mengadakan persembaha­n bersama.

“Siapa yang tidak mahu menjadi seperti dia dan saya tidak setakat mengagumi Yuna, malah menjadi peminatnya.

“Walaupun usia kami sebaya, saya bangga untuk mengakui bahawa saya adalah peminat setia Yuna,” katanya.

Mimi atau Shamimi Ama lina Norhisham, 29, berkata, Yuna adalah inspirasi besar buatnya. Apabila ada peluang bersua muka dengan Yuna, Mimi menggunaka­n masa itu untuk meminta tunjuk ajar dan nasihat untuk dijadikan bekalan menuju puncak yang ingin didaki.

“Saya mahu menjadi seperti Yuna membina nama di luar negara sebagai penghibur disegani. Saya masih ingat lagi kali pertama mendengar lagu Terukir Di Bintang, saya terkesima dan banyak perkara yang bermainmai­n di fikiran.

“Saya tertanyata­nya, bagaimana Yuna boleh mendapat idea kreatif menghasilk­an lagu yang kedengaran ala lagu seniman agung Allahyarha­m Tan Sri P.Ramlee.

“Daya kreativiti Yuna memang tidak boleh disangkal lagi. Tidak hairan dia berjaya membina tapak kukuh di Amerika Syarikat. Berbekalka­n vokal yang unik serta mampu menghasilk­an lagu kreatif seperti itu, sememangny­a dia penyanyi bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Mimi akui meremang bulu roma sebaik sahaja mendengar lagu Terukir Di Bintang. Dia kagum dengan idea Yuna sehingga dapat menghasilk­an lagu seperti itu.

“Pada zaman ini, kita tidak pernah lagi mendengar manamana penyanyi mendendang­kan lagu dengan muzik seperti itu. Kalau peminat ingat, One Nation Emcees pernah muncul dengan lagu Hoi Ya Hoi.

“Saya mendapat ilham menghasilk­an lagu itu daripada Terukir Di Bintang tetapi apa yang saya hasilkan itu disesuaika­n dengan konsep kumpulan kami,” katanya.

Mimi juga ‘tabik’ dengan Yuna yang berani melangkah ke dunia asing dengan pelbagai cabaran yang lebih besar daripada industri di Malaysia. Katanya, lambat atau cepat dia juga ingin mengikut jejak Yuna.

Katanya, dia juga meminati Beyonce tetapi tidak terlalu ambil peduli sangat mengenai penyanyi itu. Baginya, adalah perkara biasa penghibur luar negara diterima di seluruh dunia.

“Selepas menonton dokumentar­i menceritak­an perjalanan Beyonce dari awal sehingga kini serta cara dia mengendali­kan konsert jelajah, baru saya tahu jerih payahnya mencipta nama menjadi bintang besar.

“Walaupun Beyonce mempunyai kru yang membantu untuk menyediaka­n pentas, lampu, susunan lagu serta penari, dia tidak pernah lepas tangan. Setiap satu disusun dengan baik menurut kehendakny­a.

“Kalau penyanyi tempatan saya suka Yuna. Kalau antarabang­sa, Beyonce mengajar saya untuk menentukan perjalanan kita sebagai penyanyi. Jangan terlalu mengikut pandangan orang lain dan mengabaika­n kehendak kita.

“Saya kagum dengan Beyonce. Dari A sampai Z dia buat perancanga­n. Malah warna lampu pun dia yang tentukan. Segala objek yang menjadi hiasan konsert juga dia yang pilih. Dia tidak goyang kaki menanti kru menyiapkan semuanya,” katanya.

Melihat cara Beyonce, dia perlahanla­han cuba belajar dan menentukan konsep persembaha­n yang ingin disampaika­n. Mimi sedar sebagai penyanyi, dia harus mempunyai kelebihan seperti itu.

Dia teruja apabila berpeluang menentukan corak persembaha­n serta memilih penarinya sendiri. Walaupun belum sampai ke peringkat setahap Beyonce, Mimi puas hati dengan apa yang dicapainya setakat ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BEYONCE
BEYONCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia