Harian Metro

Kerja dapat komisen ‘LUPA’

-

Selalunya agensi pengurusan bakat mencarikan pekerjaan untuk bakat bawah pengurusan­nya dan sebagai imbuhan, komisen dikenakan daripada keseluruha­n jumlah bayaran diterima.

Tapi baru-baru ini teman Cik Pang mengadu mengenai sikap pelakon baru, Mustaqim Bahadon yang didakwanya masih gagal menjelaska­n hutang berjumlah ribuan ringgit.

Hutang itu bukan berupa duit pinjaman sebaliknya bayaran komisen yang sepatutnya diterima teman Cik Pang selepas berusaha mendapatka­n beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Dakwa teman Cik

Pang, Mustaqim bukan bawah agensi pengurusan bakat tapi kerana mahu membantuny­a membina nama dalam industri dan masa sama mahu mencari sedikit wang poket.

Ikutkan persetujua­n secara lisan sudah dimeterai tapi entah macam mana, selepas mendapat bayaran, si pelakon itu terus diam seribu bahasa.

Teman Cik Pang malas nak bising-bising sebab yang penting dia sudah menjalanka­n tugas carikan kerja untuknya.

Lagipun, ada ramai lagi bakat baru yang bagus dan berdisipli­n yang boleh diurusnya. Cuma sebagai orang lama dalam industri, teman Cik Pang kecewa dengan sikap pelakon itu.

Cik Pang tidaklah terkejut sangat dengan rintihan teman Cik Pang itu sebab dah masak sangat dengan industri hiburan tempatan.

Bakat baru ‘kekwat’, artis baru tak hormat artis lama, kawan tikam kawan, tabur pasir dalam periuk nasi, ‘sailang’ tawaran kerja orang dan banyak lagi.

Sebagai pemerhati industri, Cik Pang hanya boleh menasihati dan menyeru bakat baru dan lama supaya menjaga perkara penting dalam industri, yakni SIKAP!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia