Harian Metro

Hilang tudung masuk kelab malam

-

Bagai nak tercabut jantung bila Cik Pang dengar pendedahan daripada teman mengenai pasangan selebriti yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Dedah teman Cik Pang, pasangan selebriti ini memang popular dan sering tampil dengan imej bersih. Jadi, tidak hairanlah apabila Cik Pang sendiri terkejut dengar isu ini.

Dakwa teman Cik

Pang, pasangan ini kantoi terserempa­k dengan peminat di satu kelab malam eksklusif di ibu kota.

Yang jadi masalahnya, seorang daripada mereka memang terkenal dengan imej bertudung sedari awal kerjaya.

Tapi apabila masuk ke kelab malam, tudung ke mana aurat ke mana! Yang tinggal hanya ‘dress’ paras lutut dengan solekan tebal dan rambut mengerbang.

Apabila ada peminat tegur, dia sekadar beri isyarat jari di mulut seolaholah minta diamkan dan buat-buat tak nampak sahaja.

Cik Pang sebenarnya tak nak terus jatuh hukum sebab bimbang tersalah orang. Tapi teman Cik Pang nampak bersungguh-sungguh mengiyakan­nya.

Pesan Cik Pang kepada teman itu, kalau betul berlaku kita doakan saja Tuhan tutup aib mereka dan diberi kesempatan untuk muhasabah diri.

Memang sayang sebab imej bersih yang mereka bawa sangat disukai ramai dan menjadi contoh selebriti lain sama-sama berubah ke arah kebaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia