Harian Metro

Sheila, Ammar hitung hari

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Penyanyi lagu Mungkinkah anggap mencabar kerana melangkah dunia

baharu menjelang bergelar isteri

Tinggal seminggu lagi penyanyi Sheila Abdul bakal diijabkabu­l dengan gitaris Drama Band, Ammar Habir di Skudai, Johor Bahru.

Tentunya Sheila atau Nursheila Abdullah, 28, ketika ini berdebar-debar menantikan detik 18 Disember ini serta sibuk membuat persiapan bagi memastikan hari bersejarah­nya itu berlangsun­g dengan lancar.

Tapi hakikatnya, Sheila sibuk mengikuti kursus pramugari. Penyanyi yang popular dengan lagu Mungkinkah sekitar 2008 baru sahaja tamat latihan bersama syarikat penerbanga­n Malindo Air, minggu lalu dan memulakan kerjaya di awan biru pada Rabu lalu.

Sheila akui kelam kabut membuat persiapan hari pernikahan dan persanding­annya nanti. Katanya, dia mendapat tawaran daripada Malindo Air kira-kira dua bulan lalu dan terus diminta menghadiri kursus selama 45 hari.

“Sebenarnya sudah lama saya ingin menyertai industri aviasi ini tapi sejak berusia ini, rasanya sudah tiba masa untuk mencuba industri lain pula.

“Tapi kalau sudah rezeki, akhirnya kini saya dapat mencapai impian itu ketika usia 28 tahun. Ia saya anggap lebih mencabar kerana melangkah dunia baru menjelang bergelar isteri,” katanya.

Sheila dan Ammar yang berkunjung ke Balai Berita Selasa lalu untuk menyerahka­n kad undangan perkahwina­n mereka akui jika tidak kerana tuntutan kerja, mereka mahukan majlis perkahwina­n meriah.

Kata Sheila, majlisnya nanti tiada malam berinai seperti yang sering dilakukan dalam adat kahwin masyarakat Melayu sebaliknya lebih pentingkan perkara wajib iaitu akad nikah.

“Jika ada masa, baru kami merealisas­ikannya untuk mengadakan resepsi di

Kuala Lumpur,” katanya.

Sheila akui sibuk menguruska­n majlis perkahwina­n dan bersyukur kerana Ammar banyak membantu dan memahami dirinya.

“Bayangkan saya perlu menghadiri kursus dan terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hampir setiap minggu untuk membuat persiapan kahwin.

“Dalam tempoh itu ada masalah pendaftara­n akad nikah hingga perlu tukar jurunikah, hendak cuba baju dan sebagainya. Tapi syukur segalanya sudah selesai dan tinggal edar kad kahwin sahaja,” katanya.

Memilih tema tradisiona­l kontempora­ri, pasangan itu menjangkak­an hampir 1,500 tetamu akan hadir pada majlis resepsi selepas majlis nikah di dewan pada hari sama.

Sheila dan Ammar juga akui ada dua tiga penaja memberi tawaran tetapi mereka memilih majlis yang mereka biayai sendiri hasil daripada titik peluh sendiri.

Biarpun bergelar pramugari, Sheila akui akan tetap menyanyi cuma kali ini bergantung pada jadual kerjanya. Baginya bidang nyanyian lebih fleksibel dan boleh dirunding mengikut kesesuaian.

Ammar atau Mohd Ammar Mohd Habir yang tenang di sisi akui tiada masalah dengan kerjaya baru yang dipilih bakal isterinya.

“Kerja pramugari bagi saya lebih kepada perkhidmat­an. Habis saja kerja terus letak tepi dan boleh fokus pada keluarga. Kiranya, baguslah kerja tak bawa balik rumah,” katanya.

Ammar juga banyak memberi galakan atas minat Sheila menyanyi apabila menghasilk­an lagu untuk Shiela, Kata Hati yang dirakamkan tahun lalu.

Lagu itu dihasilkan sebelum mereka bertunang dan mula mendapat tempat kini apabila dipilih menjadi runut untuk drama Nahu Rindu.

“Selepas setahun baru ‘pick-up’ kiranya bagus juga. Saya tak kisah pun ambil masa lama sebab ia faktor keadaan industri pada masa ini. Lagipun, Drama Band sendiri pernah lalui hal sama,” katanya.

Pasangan ini akui hubungan mereka dianggap singkat apabila hanya bercinta sekejap. Kata Ammar, mereka sebenarnya sudah kenal lama sebab masing-masing berada dalam industri. Kebetulan dia pernah bekerjasam­a dengan Sheila dalam single barunya dulu.

“Kami mulai rapat dua tahun lalu. Selepas setahun berkenalan, kami bertunang setahun dan kini dah nak kahwin!” katanya.

Bertunang pada 20 Disember 2015, Sheila akui tertarik pada Ammar sebab pemuzik dan komposer itu matang dan mampu membentuk jati dirinya.

Katanya, walaupun jarak usia antara dia dan Ammar hanya setahun, keserasian wujud apabila bersama-sama.

“Ammar nampak saja ‘playful’ tapi dia seorang yang tegas dan sentiasa bantu saya ‘back-on-track’ jika saya nampak macam tak serius,” katanya.

Bagi Ammar, kecantikan dan kematangan Sheila berjaya menambat hatinya untuk memperiste­rikan Sheila. Baginya, samasama dalam industri muzik membuatkan mereka mudah untuk faham kehendak dan tuntutan kerja masing-masing.

 ??  ??
 ??  ?? AMMAR dan Sheila bakal disatukan 18 Disember ini.
AMMAR dan Sheila bakal disatukan 18 Disember ini.
 ??  ?? AMMAR hadir memberi sokongan pada Hari Graduasi Sheila sebagai pramugari.
AMMAR hadir memberi sokongan pada Hari Graduasi Sheila sebagai pramugari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia