Harian Metro

Mahu hidupkan Screen

-

Bagi Gmie atau Hajmi Ibrahim, 45, peluang menyertai GV3 akan diguna bagi menggerakk­an kembali kumpulan Screen yang hampir 25 tahun menyepi.

Tegasnya, dia masuk GV3 pun tidak kerana mahu popular untuk diri sendiri atau mahu muncul sebagai penyanyi solo, sebaliknya mahu menghidupk­an semula kumpulanny­a.

“Sebelum ini memang saya lebih banyak bergerak sendiri kerana sekarang, mana ada orang mahu panggil kami satu kumpulan?

“Tapi saya kalau boleh, mahu menghidupk­an kembali Screen kerana kami pun tidak pernah berhenti daripada bermain muzik.

“Tiada masalah untuk saya tampil bersama

Screen kerana mereka masih menetap di Sijangkang, Banting, Selangor,” katanya.

Kata Gmie, mereka juga masih aktif bermain muzik dan tetap memenuhi undangan, cuma sekarang undangan tidak seperti pada awal kemunculan Screen pada akhir 1980-an.

“Saya akui, Screen sekarang dipandang sepi kerana pada 1990-an banyak kumpulan baru muncul dan turut popular. Lagu popular pun banyak.

“Bagaimanap­un, apabila orang nampak kemampuan saya dalam GV3, secara tidak langsung ia membuatkan orang ingat pada kumpulan yang pernah saya anggotai,” katanya.

Gmie akui buat masa sekarang, sebaik pertanding­an selesai, dia mewakili anggota kumpulan Screen yang lain mendapat tawaran daripada beberapa syarikat rakaman untuk membuat kemunculan kembali dan menghasilk­an album baru.

Bagaimanap­un, katanya, mereka belum lagi memberi kata putus dan syarikat rakaman mana yang diyakini mampu mengangkat kembali Screen dalam industri muzik tempatan.

Screen yang mula dikenali melalui album Kau Saja Dihati pada 1998, dianggotai oleh Gmie sebagai vokalis, Wan (gitar), Ujang (dram), Adie (bass) dan Aleem (gitar). Album lain, Sha Na Na, Orang Yang Ku Sayang, Permata Hati, Manja Kekasihku dan Kembali pada 2006.

Antara lagu popular mereka ialah Bila Cinta Di Dusta, Tak Suka Tak Apa, Kita Ditakdir Berpisah, Di Buai Rindu Semalam dan Permata Hati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia