Harian Metro

Wajah Azrel aset berharga

- N o rhayatiN o rdin yati@ hm e tro .co m .m y

Tidak cukup cuci muka setiap malam, pergi spa rawatan setiap minggu

Penjagaan wajah

Pergi spa untuk rawat muka setiap minggu Amalkan pengambila­n vitamin

Minum banyak air suam

Rajin cuci muka dan guna krim malam

Penjagaan kesihatan

Selalu bersenam

Pergi gimnasium lima kali seminggu

Perkuatkan stamina

Gaya/penampilan

Selesa bergaya ringkas Gemar berseluar pendek paras lutut, baju-T, jaket dan topi

Tampil ikut tema untuk majlis hiburan dan sesi fotografi Pada kala kebanyakan lelaki berasakan sudah memadai rajin mencuci muka untuk penjagaan wajah, tidak bagi pelakon Azrel Ismail.

Bagi Azrel, 32, penjagaan wajah adalah keutamaan dan perkara lebih penting buat dirinya berbanding fesyen. Selain aktif berlakon, dia juga model jadi wajah diakui aset penting dirinya yang harus dijaga.

Kata Azrel, disebabkan penjagaan wajah amat penting baginya maka rutin mingguan dilakukan ialah menjalani rawatan muka.

“Saya pasti ke spa setiap minggu untuk melakukan rawatan muka kerana mencuci dan memakai krim malam sahaja tidak cukup.

“Sebagai aset utama, rawatan pada muka harus dilakukan apatah lagi wajah saya selalu terdedah kepada solekan. Tambah pula, saya sendiri tidak tahu jumlah bahan kimia dalam produk mekap digunakan. Jadi, rawatan amat penting,” katanya.

Sudah terbiasa melakukan rawatan muka, Azrel mula rajinkan diri ke spa sebelum menceburi karier seni. Selain rawatan, dia juga amalkan pengambila­n vitamin C setiap pagi termasuk memastikan selalu minum air suam.

“Terus terang, saya kurang minum air manis. Bagi saya, amalan minum air suam amat baik untuk kesihatan,” katanya.

Tidak hanya memiliki wajah tampan, Azrel juga mengakui menitikber­atkan penjagaan kesihatan badan. Dia juga rajin ke gimnasium untuk bersenam.

Katanya, dalam seminggu dia pastikan bersenam di gimnasium sebanyak lima kali. Matlamat utamanya bersenam di gimnasium bukan untuk memiliki bentuk badan sasa tetapi demi kesihatan.

“Saya hanya mahu sentiasa tampil segak dan sihat. Apabila bersenam di gimnasium saya berasa puas selepas badan berpeluh.

“Ia menunjukka­n berapa banyaknya kalori dalam badan sudah dibakar.

Stamina diri juga terjaga,” katanya.

Mengenai soal penampilan, Azrel akui dia sebenarnya lebih suka bergaya ringkas. Kalau keluar makan atau bersiar-siar, dia gemar tampil memakai seluar pendek paras lutut, baju-T, jaket dan topi.

Apapun, apabila perlu muncul dalam majlis hiburan, sesi fotografi dan juga menjalani penggambar­an, dia teliti memilih pakaian.

“Biasanya saya selesa mengikut tema berdasarka­n konsep ditetapkan. Begitu juga, soal pakaian untuk drama dilakonkan,” katanya.

Menurut Azrel, dia akan mengkaji dan memahami terlebih dahulu setiap karakter akan dilakonkan. Kemudian, barulah mencari pakaian sesuai.

“Saya komited pada kerja lakonan dipersemba­hkan. Jadi, saya tak kisah menyediaka­n keperluan sendiri.

“Ditambah lagi penting untuk saya tampil dengan pakaian sesuai untuk setiap watak dilakonkan supaya tak dikecam peminat,” katanya.

Cukup dikenali menerusi drama Syurga Nur dan Menantu Ting Tong siaran TV3, Azrel bersyukur rezeki berlakon tak putus diterima. Tidak lama lagi dia akan muncul dengan drama baharu lakonannya menerusi TV3 iaitu Cucu Tauke Beras bersama Zahirah McWilson.

Baru-baru ini, Azrel juga menjadi pengacara Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016).

Minggu lalu Azrel berlepas ke Filipina untuk penggambar­an telefilem Mendidih Bro!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia