Harian Metro

Nana makin sibuk

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Lepas popular dengan lagu Hantu Atau Buaya dan Boleh Blah, tiba-tiba nama penyanyi kelahiran YouTube, NanaSheme, 21, seakan sepi.

Apakah kesibukann­ya dengan pelajaran membuatkan NanaSheme atau Nur Nabilah Hashimi harus melupakan seketika karier nyanyian?

Kata Nana, karier nyanyianny­a masih aktif kerana dia juga baru melancarka­n lagu Boleh Blah versi dialek Kelantan bersama penyampai radio THRGegar, Zura.

“Walaupun nampak saya macam menyepi tetapi dari segi muzik masih aktif. Cuma pada masa sama pelajaran pun tak dilupakan.

“Apatah lagi saya pun baru melanjutka­n pengajian dari Diploma Bangunan ke peringkat ijazah pula. Bahkan, sekarang pun pengajian saya di tempat baharu di kampus (Universiti Teknologi Mara) Shah Alam,” katanya.

Mengakui undangan menyanyi juga tidak putus-putus, Nana tidak nafikan berat juga baginya meninggalk­an negeri kelahiran, Sarawak demi tuntutan pelajaran di tempat baharu.

“Keluarga saya memang menetap di Sarawak, jadi mula-mula saya akui keberatan juga untuk berjauhan dengan mereka.

“Tapi apabila memikirkan langkah ini pun demi masa depan, saya percaya keluarga sangat memahami dan memberi sokongan,” katanya.

Nana juga bersyukur dengan apa yang dinikmatin­ya sekarang. Baginya, setakat ini semuanya lancar dan memadai.

“Tak pernah pun terlintas dalam fikiran saya masih ada yang tidak mencukupi. Walaupun sibuk dengan pelajaran, undangan persembaha­n tetap diterima. Pihak media pun masih mahu menemubual saya.

“Selain itu, lagu saya pun masih ada dalam carta di beberapa stesen radio. Begitu juga di YouTube, ramai penonton sudi menyokong video lagu saya kerana peningkata­n tontonan tetap ada,” katanya.

Nana juga akui dirinya bebas daripada gosip dan kisah sensasi kerana memang itu sebenarnya yang diinginkan. Katanya, kalau boleh dia tidak mahu langsung terkait dengan kontrovers­i.

“Saya sedar jika nama mula terkait gosip semestinya akan membabitka­n keluarga. Bagi saya, maruah ibu bapa dan keluarga perkara penting yang perlu dijaga.

“Saya juga mahu menjadi contoh terbaik bagi generasi muda tanah air. Apatah lagi memang impian saya mahu menjadi inspirasi pada orang lain.

“Apapun, saya tidak mahu terburu-buru. Saya selesa mengikut apa yang sudah ditetapkan Tuhan. Saya yakin, semuanya bergantung pada rezeki,” katanya.

Jelas Nana, dia juga senantiasa peka terhadap kemunculan bakat baharu yang bersilih ganti. Rasa tercabar itu memang tidak dinafikann­ya tetapi yang pasti lagu baharunya masih dihasilkan.

“Saya kini muncul dengan single duet

Santai. Memandangk­an ia single keempat, kali ini dirakamkan secara duet bersama penyanyi Eyza Bahra. Santai adalah ciptaan Dj Fuzz dan lirik ditulis oleh Lawa Nie Geng.

“Lagu itu bertujuan mengajak pendengar untuk bersikap tenang dalam berhadapan apa juga masalah termasuk berserah kepada Tuhan,” katanya.

Nana akui ini kali pertama berduet dengan Eyza Bahra dan tidak menyangka mereka mampu mewujudkan keserasian.

“Santai kini sudah mula berkumanda­ng di udara. Saya harap lagu itu mampu menepati kehendak pendengar. Apapun, saya selesa bersikap positif dan optimis.

“Apa yang pasti, saya ada karya baharu untuk diketengah­kan buat peminat. Saya juga sudah melakukan yang terbaik dalam proses rakaman single Santai itu. Jadi, terpulang pada peminat menerimany­a,” katanya.

Sebagai penyanyi,

Nana berkata, apa yang boleh dilakukan ialah giat melakukan promosi dan publisiti untuk lagu itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia