Harian Metro

Waktu santai pun kerja

-

Yana bawa Aisy ‘masuk’ sekali setiap kali ada mesyuarat berkaitan

bisnes bersama suami dan kakitangan

Kalau dahulu kehidupan harian Yana Samsudin, 31, ialah di lokasi penggambar­an. Itulah aktiviti hariannya kerja dan bekerja hingga jarang ada masa untuk bersantai dan bermalasma­lasan.

Yana akui kehidupan zaman bujangnya memang sibuk sampaikan tiga hari selepas berkahwin pun dia terus sibuk dengan kerja. Kali ini bukan untuk penggambar­an tetapi untuk iklan sebab jadual tayangan sudah dekat.

Bagaimanap­un semua itu berubah apabila hadir Fadzil Zahari, 33, dalam hidupnya sebagai suami dan kini diserikan lagi dengan kehadiran bayi comel, Aisy Mateen pada 21 Julai lalu.

Segmen Rias & Relaks kali ini meluangkan masa bersama pasangan romantis itu bersama anak mereka di Butik Ayana di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.

Kata Yana, segelintir selebriti memilih untuk melakukan aktiviti relaks di rumah dengan menonton TV, memasak atau tidur tetapi dia dan suami memilih untuk bekerja sambil relaks. Bunyinya agak pelik bekerja sambil relaks tetapi itulah makna relaks bagi pasangan ini.

“Sebelum kahwin rutin saya kerja, kerja dan kerja. Waktu relaks ketika itu hanya melayan kerenah kucing peliharaan (nama Pandarudin), memasak dan menjahit.

“Tapi kini apabila bergelar isteri, hanya diisi dengan sesi berkumpul bersama keluarga untuk makan. Sesekali babitkan sekali anak ke dalam aktiviti kerja kami,”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia