Harian Metro

Berlakon dengan anak

-

Mula jadi perhatian selepas membintang­i The Fifth Element pada 1997, Milla terus mengukuhka­n namanya dalam lakonan melalui filem Resident Evil pada 2002 sebagai Alice.

Ternyata watak itu sinonim dengannya apabila sekuel terbaru, Resident Evil Final Chapter akan mula ditayangka­n di pawagam bulan depan.

Sekuel terakhir dan juga keenam selepas Resident Evil: Retributio­n pada 2012 dianggap istimewa apabila turut dijayakan anaknya, Ever Gabo Anderson, 9.

Sebagai ibu, Milla bangga melihat anaknya boleh bekerja secara profesiona­l dan berseronok sepanjang menjalani penggambar­an walaupun seharian bekerja tanpa rehat yang cukup.

Katanya, anaknya tekun menghafal skrip sementara menunggu giliran dan menganggap ia pengalaman menyeronok­kan berlakon dalam filem yang sama dengan Ever.

“Saya kagum dengan cara dia bekerja. Dia tidak meminta bantuan daripada saya untuk menghafal skrip mahupun merealisas­ikan lakonannya sebagai Red Queen.

“Saya hanya memantau dari jauh. Ever sangat profesiona­l. Dia faham bahawa lokasi penggambar­an adalah tempat bekerja dan dia tidak ada masa untuk datang dan bermanja dengan saya. Semua yang dilakukan atas usahanya sendiri dan bertanya pada pengarah andai ada perkara yang tidak difahami,” katanya.

Milla juga lega kerana sekuel Resident Evil akhirnya tamat. Dia akui letih menjayakan karakter itu kerana terbabit dalam 90 peratus babak aksi. Bagaimanap­un, dia akui kesedihan itu tetap terasa kerana berpisah dengan kru penggambar­an yang dianggap sebagai keluarga sendiri.

Milla kini bahagia bersama Paul W.S Anderson yang juga pengarah Resident Evil dan mempunyai dua anak perempuan, Ever Gabo Anderson dan Dashiel Edan Anderson.

 ??  ?? MILLA bersama
Ever Gabo.
MILLA bersama Ever Gabo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia