Harian Metro

Anime indah kembara emosi insan

-

meneroka kehidupan dan hubungan dalam situasi yang jarang diperkatak­an. Disebabkan itu, penceritaa­nnya mengambil masa dan tidak disuntik elemen aksi supaya penonton dapat hadam, mengapa ia sungguh cantik.

Filem ini penuh dengan seni tampak dan paling penting metafora serta suntikan emosi yang cukup rempah-ratusnya.

Apa yang membuatkan filem ini menarik adalah dinamik hubungan pada karakter utama yang diketengah­kan. Cara dua watak, Mitsuha dan Taki berinterak­si sangat unik.

Malah premis filem ini sendiri membantu hubungan dua watak itu untuk menjadi lebih peribadi buat penonton dan jauh daripada kisah cinta klise remaja.

Suntingan dan runut bunyi untuk filem ini juga memainkan peranan amat penting. Boleh dikatakan tidak ada satupun momen yang membosanka­n untuk menggambar­kan setiap emosi dilalui karakter, terutama pada babak dramatik.

Begitu juga dari segi estetika visual yang sangat mengagumka­n. Rumusannya, filem ini contoh terbaik sebuah filem anime yang indah ditonton dengan jalan cerita yang sangat kuat.

Jujurnya, Kimi no Nawa tidak setakat filem anime sebaliknya mempunyai potensi sebagai karya untuk tujuan kajian sinema.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia