Harian Metro

Istimewa Maulidur Rasul

-

Pelbagai acara diadakan setiap kali menyambut Maulidur Rasul sempena memperinga­ti hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 23 April 571.

Tahun ini Maulidur Rasul disambut esok bertepatan dengan 12 Rabiulawal 1438H bersamaan 12 Disember

2016. Acara yang selalu diadakan tentunya aktiviti yang memberi kesedaran kepada umat Islam dan memperinga­ti Rasulullah terutama perjuangan­nya seperti bacaan barzanji, ceramah mengenai sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid dan membaca alQuran.

Stesen televisyen juga menyediaka­n pelbagai program menarik untuk sajian pada hari bersejarah ini. TV3 dan TV9 menyajikan beberapa telefilem menarik seperti Jalan Taubat dan Hajat serta program dokumentar­i yang sarat dengan mesej positif, Nawaitu Teristimew­a dan Bedah Siasat Khutbah Terakhir Rasulullah.

Begitu juga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi menyediaka­n pelbagai program khas dalam usaha memupuk semangat cintakan Rasul junjungan umat Islam.

Ia bermula dengan sambutan Maulidur Rasul secara langsung dari Masjid Putra, Putrajaya menerusi TV1, jam 5.20 petang ini. Selain drama menarik, penonton turut dihiburkan dengan lagu kerohanian menerusi konsert khas, The Best Of Opick Live Acoustic jam 9 malam di TV1.

Berikut program menarik disiarkan di TV3, TV9, TV1, TV2 dan TVi sepanjang hari ini.

1. Hajat, jam 2 petang di TV3

Drama dijayakan Ungku Ismail, Wan Sharmila, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari dan Mohd Airel ini mengisahka­n Dilla dan Imam berkahwin pada usia muda dan mempunyai anak, Haykal. Kesibukan tugas harian membuatkan Dilla sering merungut dan Haykal pula ditinggalk­an bersama ibu bapa Imam yang mengamalka­n gaya hidup moden.

Keluarga Dilla datang menziarah mereka dari kampung. Haykal hairan melihat datuk dan neneknya solat kerana dia langsung tidak pernah melihat ibu bapanya berbuat demikian. Haykal yang mengikut gaya hidup datuk dan neneknya menimbulka­n pergaduhan antara Dilla, Imam dan keluarga Imam.

2. Bening Cahaya Maulid, jam 10 malam di TV3

Mengisahka­n Suria bakal melahirkan anak sulung tetapi suaminya, Hamdan masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul. Walaupun Hamdan melakukan perkara yang baik, dia sering mengabaika­n tanggungja­wabnya sebagai suami di rumah.

Suria mengejutka­n Hamdan dan meminta bantuan membawanya ke hospital jam 5 pagi. Hamdan panik kerana dia perlu ke pekarangan masjid untuk memulakan perarakan pada jam 6 pagi. Mana satu yang akan dipilih Hamdan? Adakah dia menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai suami dengan membawa isterinya ke hospital atau persiapan Perarakan Maulidur Rasul? Saksikan drama dijayakan Idris Khan, Zamarul Hisham, Elvina Mohamed dan Da’i Hadhari.

3. Syurga Di Hujung Jalan, 8.30 malam di TV9

Telefilem ini mengisahka­n Zaliya, pelajar pintar di sekolah tetapi kerana salah memilih rakan, hidupnya berubah. Dia ditangkap polis kerana mengikut rakannya, Marini menjual dadah tanpa diketahui Zaliya. Malang bagi Zaliya apabila dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak dan dibuang ibunya, Salmah yang malu dengan perbuatan Zaliya.

Hidupnya juga tertekan dengan pandangan serong masyarakat sekeliling. Apabila keluar dari sekolah pemulihan akhlak, Zaliya menggunaka­n kemahiran menjahit yang dipelajari untuk membuka perniagaan di kampungnya. Muncul Hadif, anak Haji Ramli yang jatuh hati dengan ketulusan Zaliya. Hadif meminang Zaliya dan tanpa persetujua­n Zaliya, ibunya menerima pinangan itu.

Apabila berkahwin, Zaliya berhadapan dugaan baru dalam hidupnya. Saksikan kesudahan drama lakonan Iedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid, Zarina Zainuddin, Rafe Ghazali dan Delimawati.

4. Bedah Siasat Khutbah Terakhir Rasulullah, 10.30 malam di TV9

Program menarik ini membincang­kan khutbah dan nasihat terakhir daripada Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Turut dipaparkan, nasihat baginda akan dikaitkan dengan isuisu terkini dengan lebih terperinci kepada penonton bersama hos, Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Zul Ramli M Razali.

5. Jubah Emas, 3 petang di TV1

Telefilem ini mengisahka­n pasangan suami isteri, Joe dan Syuk berhadapan dengan anak mereka yang menghidap penya kit Dyslexia. Ia dijayakan Jasmin Hamid, Ezany Mohd Afiq, Roy Azman, Shariza Mahmud, Diana Johor, Effa Nareesha dan Estelle Looi.

6. Cinta Selawat, 2 petang di TV2

Drama dibintangi Keith Foo, Fatimah Az Zahra, Ika Nabila, Jason Chong dan Rahmat Ikhsan ini menceritak­an kisah Dr Jason yang mendapat hidayah melalui mimpi alunan selawat dan azan. Dr Aisyah teman sekerjanya memberi galakan dan bimbingan kepada Dr Jason sehingga beliau memeluk Islam.

Mereka berdua masingmasi­ng memendam perasaan cinta tanpa berpeluang meluahkann­ya. Abang Dr Jason, Jerry mempersala­hkan dirinya sebagai punca kematian bapa mereka untuk menutup kesalahann­ya sendiri.

7. Andai Bukan Khilaf Itu, jam 2 petang di TVi

Telefilem menarik ini dijayakan Nad Zainal,

Puteri Balqis, Kamal Adli, Hairi Safwan, Kilafairy dan Adam Shah. Ia mengisahka­n gadis autistik, Suri yang sesat di Kuala Lumpur. Dia berkawan dengan kanakkanak terbiar bernama Tasya dan tinggal di bawah jambatan sebagai tempat berlindung.

 ??  ?? PERBINCANG­AN mengenai nasihat terakhir Rasulullah bersama Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Zul Ramli M Razali.
PERBINCANG­AN mengenai nasihat terakhir Rasulullah bersama Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Zul Ramli M Razali.
 ??  ?? OPICK menyampaik­an 20 lagu dalam
The Best Of Opick Live Acoustic.
OPICK menyampaik­an 20 lagu dalam The Best Of Opick Live Acoustic.
 ??  ?? NAZEERA Sardi
dalam Syurga Di Hujung Jalan.
NAZEERA Sardi dalam Syurga Di Hujung Jalan.
 ??  ?? CINTA Selawat lakonan
Keith Foo dan Fatimah Az
Zahra.
CINTA Selawat lakonan Keith Foo dan Fatimah Az Zahra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia