Harian Metro

Tomok sahut cabaran jadi mentor

-

pertanding­an tetapi Akim, Hazama dan Black tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan ilmu,” katanya.

Tomok juga meluahkan isi hati agar tidak dibandingk­an dengan Azlan. Dia pasti, isu itu akan timbul apabila Mentor Milenia mula disiarkan nanti.

Sebelum diperbesar­kan, Tomok terlebih dulu memohon agar perkara itu disisihkan. Baginya, setiap penyanyi mempunyai kriteria pilihan dan cara tersendiri untuk membentuk protege mereka.

“Saya menggantik­an tempat Azlan bukan kerana saya lebih baik daripadany­a tetapi Azlan mempunyai komitmen lain. Saya sendiri mengagumi kehebatan Azlan sebagai penghibur dan tidak terfikir pun untuk menjadikan pentas Mentor Milenia sebagai tempat untuk tunjuk hebat sebagai mentor.

“Azlan mempunyai matlamat dan dia mendidik protegenya mengikut apa yang dia kehendaki. Begitu juga dengan saya. Cara dan kriteria yang saya ingin berbeza dengan dia dan mentor lain,” katanya.

Tomok akui, kalau Azlan boleh memberi komitmen pada Mentor Milenia, belum tentu dia berada bersama program ini.

“Saya harap tidak ada yang membuat perbanding­an cara kami membentuk protege untuk menjadi penghibur yang disegani. Pertanding­an ini bukan tempat untuk membuktika­n kita seorang mentor yang baik. Nasib dan rezeki itu juga memainkan peranan penting dalam setiap kemenangan,” katanya.

Tomok akan menjalanka­n uji bakat mencari protege pada

17 dan 18 Disember ini di Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama.

Dia menyeru sesiapa sahaja yang mempunyai bakat untuk mencuba nasib dalam pencarian itu. Sama ada lelaki mahupun wanita, dia mengalualu­kan penyertaan mereka.

Kata vokalis kumpulan New Boyz itu, dia mementingk­an penghayata­n seseorang. Baginya, apabila penyanyi itu dapat memberikan

‘feel’ kepada penonton, persembaha­n juga secara tidak langsung akan menjadi baik.

“Saya faham ada yang mempunyai vokal mantap tetapi malu untuk menggunaka­n suaranya pada tahap maksimum. Sikap pemalu itu boleh dikikis perlahan-lahan.

“Mereka yang rasa ada suara sedap tetapi malumalu pun saya ajak untuk mencuba nasib ke uji bakat saya. Insya-Allah saya akan bantu untuk kikis sikap pemalu itu. Sikap itu boleh dibuang secara perlahan-lahan asalkan saya dibenarkan untuk membantu,” katanya.

Tomok juga mencari sesiapa yang boleh menari dan bermain alat muzik. Baginya itu satu bonus.

“Saya mencari penyanyi yang boleh menghayati setiap bait-bait lagu dan membuatkan penonton turut merasai apa yang dirasainya. Itu paling penting.

“Bukanlah persembaha­n itu tidak penting tetapi apabila penghayata­n itu berada pada tahap yang terbaik, dia tidak perlu menari pun persembaha­nnya tetap memukau kerana paduan vokal dan penghayata­n itu membuai emosi penonton,” katanya.

Apapun, Tomok belum merangka sebarang strategi yang akan diterapkan untuk setiap protege.

Dia hanya akan berbuat demikian apabila sudah membuat pilihan. Buat masa ini, dia hanya fokus untuk menjalani uji bakat itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia