Harian Metro

Tiffany tembusi pasaran Korea

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Berlakon di samping Lee Min Ho dan Jung Yong Hwa penuhi impian untuk luas

kerjaya ke negara asing

Berganding dengan selebriti Korea bukan asing bagi aktres jelita, Tiffany Tang, 33. Selepas bekerjasam­a dengan aktor kacak, Lee Min Ho dalam filem Bounty Hunters, kini bekerja pula dengan Jung Yong Hwa untuk Cook Up A Storm.

Aktres kelahiran Shanghai, China ini akui tiada masalah bekerja dengan artis luar walaupun mempunyai perbezaan bahasa kerana masingmasi­ng profesiona­l terhadap karier.

Katanya, ketika berlakon dengan Lee Min Ho memang ada sedikit kesukaran untuk berkomunik­asi dalam mewujudkan keserasian di layar perak. Tambah pula banyak babak membabitka­n dia dengan pelakon popular Korea itu.

Berbeza kali ini untuk Cook Up A Storm, dia hanya pelakon pembantu manakala teraju utama adalah Nicholas Tse dan Jung Yong Hwa yang masingmasi­ng ingin menunjukka­n kepakaran dalam penyediaan makanan.

“Kali ini lebih mudah kerana pernah berpengala­man bekerja dengan artis Korea. Ia banyak membantu mewujudkan keserasian antara saya dengan Jung Yong Hwa.

“Walaupun khidmat jurubahasa disediakan, saya tidak boleh terlalu bergantung dengan mereka kerana ia akan mengambil masa yang lama.

“Ketika berlakon, ada perkara yang saya harus beritahu supaya lakonan kami nampak serasi.

Kalau menanti jurubahasa untuk terjemahka­n apa yang saya katakan, ia akan mengambil sedikit masa. Saya harus kreatif dalam menyampaik­an apa yang saya maksudkan,” katanya.

Kata Tiffany, pengalaman bekerja dengan Lee Min Ho memudahkan­nya berlakon dengan Jung Yong Hwa. Kini dia tahu cara terbaik untuk menerangka­n sesuatu walaupun tidak faham bahasa Mandarin mahupun Kantonis sebaliknya boleh faham apa yang dimaksudka­nnya menerusi gerak tubuh.

“Sebenarnya situasi ini lebih mencabar bagi Jung Yong Hwa. Dia dikeliling­i kru yang semuanya berbahasa Mandarin. Sudah tentu dia terpaksa bekerja keras untuk memahami apa yang pengarah mahu dia lakukan,” katanya.

Tiffany juga akui berlakon dengan dua aktor terkenal Korea itu membuatkan dia turut menerima tempias populariti mereka di Korea. Baginya, peluang itu sebagai landasan terbaik untuk menembusi pasaran di Korea.

“Saya sentiasa mengintai peluang untuk berlakon dalam filem luar. Watak kecil sekali pun, saya tidak kisah kerana mahu mencuba.

“Walaupun saya kini dikenali di China saya juga mempunyai impian untuk meluaskan kerjaya ke luar negara,” katanya.

Kata Tiffany, dia juga tidak mahu terus berada dalam zon selesa. Selagi ada peluang, dia akan terus melangkah lebih jauh dalam industri seni. Dia ingin terbang lebih tinggi dari aras yang ada sekarang.

“Tidak ada salahnya kita memasang impian untuk mengembang­kan bakat di luar negara. Ia bukan cakap kosong atau sekadar angan-angan. Ia mungkin terlalu tinggi dan tidak mampu digapai tetapi sekurang-kurangnya saya ada usaha untuk terus mencuba.

“Seandainya sehingga saya bersara dari dunia lakonan masih tidak berjaya mencapai cita-cita itu, saya tidak akan kecewa. Saya tahu sepanjang bergelar pelakon, saya bekerja keras dan berusaha untuk kekal relevan dalam industri.

“Sekurang-kurangnya nama saya tertulis sebagai salah seorang pelakon yang pernah berlakon bersama Lee Min Ho dan Jung Yong Hwa. Saya ada pengalaman tersendiri bekerja dengan pelakon hebat dari Korea yang juga popular di serata dunia,” katanya.

Pelakon yang menerima bayaran paling tinggi di China itu terus berteka-teki mengenai kekasih hatinya. Sehingga kini, Tiffany tidak pernah mengiyakan khabar angin yang mengatakan aktor Luo Jin adalah kekasihnya.

Baginya, apa saja perkara yang dikategori­kan sebagai gosip, ia akan kekal seperti itu. Ramai peminat mendoakan Tiffany dan Luo Jin benar-benar bercinta selepas empat kali berganding dalam filem A Beauty In Troubled Times, Agent X, Diamond Lover dan The Princess Weiyoung.

Harapan mereka, kemesraan ditunjukka­n tidak hanya sekadar lakonan di layar perak, juga dalam kehidupan.

Baik Tiffany mahu pun Luo Jin masing-masing mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut. Baru-baru ini Luo Jin mengemas kini media sosial Weibonya memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Tiffany. Aktor itu juga menulis akan terus menjadi bahu untuk Tiffany bersandar.

Pelakon wanita itu turut membalas komen berkenaan dengan ucapan terima kasih dan ingin menjadi tulang belakang Luo Jin. Peminat menganggap perkara itu sebagai bukti mereka sebenarnya bercinta.

Bagaimanap­un Tiffany enggan mengulas perkara itu. Katanya, mereka adalah rakan yang sangat rapat dan akan sentiasa ada andai diperlukan.

“Kami sudah lama kenal dan sangat rapat kerana banyak masa bersama di lokasi penggambar­an selepas empat kali berlakon bersama. Dia sahabat saya yang paling rapat. Kalau ada masalah, dialah yang akan saya cari,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MASIH berteka teki mengenai hubunganny­a
dengan Luo Jin
MASIH berteka teki mengenai hubunganny­a dengan Luo Jin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia