Harian Metro

Rai tamat pengajian

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my Laluan Orang Asli ke kampung

Menampilka­n panorama indah sewaktu matahari terbit membuatkan lokasi Bukit Berekeh atau Bukit Botak terletak di Sungai Siput (U) Perak antara lokasi menarik boleh dikunjungi peminat aktiviti lasak.

Malah menyajikan pemandanga­n seindah savana, bukit berketingg­ian 454 meter itu memiliki lima puncak yang memiliki lapangan luas apabila hanya pokok renek dan rumput keperangan tumbuh melata sekitarnya.

Meskipun lokasi itu bukan destinasi popular pendaki kerana perlu melewati kawasan kampung serta ladang sawit, ia perjalanan cukup mengasyikk­an buat 18 pendaki daripada jurusan Senibina Landskap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak.

Kumpulan pendaki itu dibantu jurupandu arah Uzair Shuhairi menyifatka­n persekitar­an masih terpelihar­a kerana tidak diketahui umum lagi ketika ini.

Menurut Uzair trek mendaki ke puncak itu asalnya laluan singkat orang asal di Kampung Bawong terdiri masyarakat Orang Asli ke kampung berhampira­n.

“Saya pun baru juga mengenali Berekeh kirakira Januari lalu ketika mengikuti kumpulan Ipoh Climbers Community redah mencari puncak bukit terbabit.

“Mulanya bukit ini tidak popular tetapi kini 200 hingga 400 orang mula masuk menjelang hujung minggu apabila diviralkan sekitar Julai lalu. Tetapi kini Berekeh ditutup atas arahan pengurus ladang sawit di kawasan terbabit baru-baru ini.

“Namun sebabnya kurang jelas dan kita berharap ia dibuka semula untuk memberi peluang mereka sukakan alam sekitar mempunyai peluang menikmati keindahan di bukit terbabit,” katanya.

Katanya, bertanggun­gjawab mengetuai ekspedisi ini, cabarannya ialah sebahagian besar ahli kumpulan terdiri ialah pendaki baru.

“Meskipun laluan menuju ke puncak berkenaan tidak sesukar gunung lain tetapi pelajar menyertai ekspedisi ini tiada pengalaman mendaki.

“Mereka tidak tahu mengenai persiapan mahupun peralatan penting dan wajib dibawa terutama pendakian awal pagi. Peralatan penting seperti lampu kepala serta fizikal dalam keadaan baik.

“Dalam masa sama membuat ‘regroup system’, sentiasa berhenti di checkpoint atau simpang mengeliruk­an, tunggu dan kumpul semua peserta dahulu, kemudian baru teruskan perjalanan. Ia bertujuan mengelakka­n peserta tersasar ke trek lain,” katanya.

18 siswa Senibina Landskap UiTM

Perak daki puncak Bukit Berekeh

 ??  ?? SEBAHAGIAN pendaki merakam gambar berkumpula­n.
SEBAHAGIAN pendaki merakam gambar berkumpula­n.
 ??  ?? PEMANDANGA­N menarik dari atas bukit.
PEMANDANGA­N menarik dari atas bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia