Harian Metro

Bukan untuk kaki gim saja

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

MURFEST didik orang awam kepentinga­n jaga kesihatan baik fizikal, mental mahupun jiwa menerusi

perspektif berbeza

Urban Retreat Festival (MURFEST) Malaysia berlangsun­g di MATIC Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat satu kelainan apabila tampil dengan konsep ‘Kesihatan, Muzik & Tarian’ dalam satu keramaian.

Malah kehadiran penulis di penghujung festival itu bagi sesi Drum Circle memberi gambaran untuk cergas bukanlah sesuatu membebanka­n. Festival yang sudah berlangsun­g masuk tahun ketiga apabila dianjurkan sejak 2014 lagi selama tiga hari itu turut menampilka­n 80 jurulatih kecergasan, pemuzik mahupun artis berkelas dunia.

Tiada agenda lain melainkan satu fokus iaitu mendidik orang awam mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan baik fizikal, mental mahupun jiwa menerusi perspektif berbeza.

Lihat saja kepelbagai­an serta warna-warni semua acara berorienta­sikan ‘Urban Retreat’ tidak saja mampu menarik golongan muda dalam membentuk gaya hidup sihat malah menarik pelancong luar memeriahka­n acara terbabit dengan kaedah menyeronok­kan.

BANYAK GENRE SENAMAN BARU

Peserta MURFEST

2016 Liyana Husni pada mulanya menyangkak­an aktiviti disediakan hanya sesuai buat mereka kaki gimnasium semata-mata, namun persepsi berubah apabila menyaksika­n pelbagai genre aktiviti sesuai diikuti golongan muda.

“Jika golongan pelajar seperti saya, terikat dengan bayaran serta komitmen setiap bulan tentu saja ia bebanan. Namun, apabila diadakan festival sebegini setidak-tidaknya mendedahka­n kepada kami senaman menarik terdapat di pusat kecergasan. Dalam pada lain dapat membuat tinjauan mengenai pilihan senaman pada harga mampu.

“Tambah pula jurulatih ditampilka­n cukup dikenali dan begitu bijak menarik perhatian. Mereka yang jarang berpeluang menyertai sebarang aktiviti kecergasan tidak kekok mencubanya.

“Antara aktiviti sempat saya lihat ialah capoeira,

‘fly yoga’ dan pelbagai jenis zumba menggabung­kan pelbagai tarian membuatkan tapak festival berubah seperti acara keramaian,” katanya.

Selain dapat mengisi waktu lompong hujung minggu, gadis berusia 22 tahun itu berkata, dapat menjalin hubungan dengan kenalan baru.

“Seronoknya dalam festival ini kita tidak akan

 ??  ?? ANTARA persembaha­n menarik.
ANTARA persembaha­n menarik.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N muzik mengiringi sepanjang aktiviti berlangsun­g.
PERSEMBAHA­N muzik mengiringi sepanjang aktiviti berlangsun­g.
 ??  ?? BEGITU fleksibel Lilica berjaya melakukan rutin sukar.
BEGITU fleksibel Lilica berjaya melakukan rutin sukar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia