Harian Metro

Terpikat Asam Laksa Penang

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Fasih berbahasa Melayu hasil pengalaman bekerja di Indonesia dan pergaulan dengan rakan tempatan menjadi kelebihan buat wanita cantik ini berurusan dengan pelanggan Malaysia.

Mengagumi struktur binaan Menara Berkembar Petronas membawa Asami Soda berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2002.

Bagi wanita berusia 35 tahun ini, keputusann­ya datang ke Malaysia disifatkan tepat apabila kehadirann­ya disambut baik rakan tempatan.

1. Kali pertama anda datang ke Malaysia dan tujuannya?

Ketika berusia 21 tahun, saya dan sekumpulan rakan bercuti ke Malaysia selama seminggu untuk meraikan kejayaan kami menamatkan pengajian di universiti.

Berbanding dengan negara jiran lain, kos di Malaysia jauh lebih murah dan membolehka­n saya menetap di hotel terkenal berdekatan Menara Berkembar Petronas.

Apabila menceburi industri perhotelan dan bertugas di Bali, Indonesia selama empat tahun, saya memasang impian untuk bekerja di negara lain sebelum kembali ke Jepun. Dua tahun lalu, saya datang ke Malaysia dan bekerja di Hotel Renaissanc­e Kuala Lumpur.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum ke sini?

Dua perkara yang saya ketahui mengenai Malaysia, Menara Berkembar

Petronas dan orang utan di Sabah. Kuala Lumpur sebuah bandar yang maju dan popular dengan barangan serta jenama dari Jepun. Jadi, sepanjang berada di sini tidak sukar untuk saya mendapatka­n barangan dari tanah air sendiri.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah sepanjang berada di sini. Berasal dari wilayah yang sejuk di Jepun, saya selesa dengan cuaca panas di Malaysia.

Menetap di Kuala Lumpur, kehidupan seharian saya mudah kerana sistem pengangkut­an awam yang teratur membolehka­n saya bergerak tanpa masalah.

4. Pengalaman menarik ingin dikongsika­n?

Saya memiliki ramai kawan tempatan sama ada Melayu, India mahupun Cina dan kami boleh bergaul dengan rapat.

Oleh kerana saya sangat menggemari sajian tempatan, saya dan kawan akan menjelajah ke restoran, kafe dan kedai makan di sekitar Lembah Klang untuk mencuba makanan.

Selain itu, selama berada di sini, saya juga diperkenal­kan dengan budaya makan masyarakat Malaysia yang suka makan pada lewat malam (supper) dan saya juga terikut-ikut dengan gaya itu.

5. Lokasi kegemaran anda?

Melaka kerana keunikan budaya dan makanan masyarakat Peranakan.

6. Makanan tempatan pilihan anda?

Asam laksa Penang kerana ia sangat sedap. Keenakanny­a terletak pada rasa dan bau ikan yang dijadikan kuah.

Tahun lalu, saya bercuti ke Pulau Pinang dan mencari asam laksa terbaik.

7. Malaysia pada mata anda?

Apabila pulang ke tanah air kelak, saya pasti kembali ke Malaysia untuk bertemu rakan di sini semula.

Asami kini terikut-ikut gaya masyarakat Malaysia yang suka

makan pada lewat malam

 ?? FOTO ?? PROFIL
NAMA: Asami Soda TARIKH LAHIR:
4 November 1981
ASAL: Niigata, Jepun KERJAYA: Eksekutif Khidmat Pelanggan Jepun, Renaissanc­e Hotel STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Kuala Lumpur
FOTO PROFIL NAMA: Asami Soda TARIKH LAHIR: 4 November 1981 ASAL: Niigata, Jepun KERJAYA: Eksekutif Khidmat Pelanggan Jepun, Renaissanc­e Hotel STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia