Harian Metro

Hidangan kreatif, kuantiti besar

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Restoran Bason mahu pelanggan rasa kunjungan berbaloi dan makanan dinikmati setimpal dengan harga

Sukar membuat pilihan juadah untuk menjamu selera di Bason kerana mereka tidak saja menawarkan lebih 50 menu makanan dan minuman tempatan dan Barat, malah dekorasi hidangan yang kreatif membuatkan pelanggan mahu mencuba semuanya.

Bangkit selera melihat hidangan Nasi Goreng Hawaii yang biasa menjadi begitu menarik apabila dihidangka­n dalam sebiji nanas bersama udang mentega dengan taburan sarang telur di atas udang bersaiz besar itu.

Begitu juga Nasi Goreng Ketam tampak luar biasa dan memikat selera apabila dihidang bersama seekor ketam goreng dengan penyepit yang panjang beralas daun pisang bersama potongan telur masin.

Bagi yang gemar makanan Barat, biasanya selera mereka akan berbelah-bagi sama ada mahu menikmati Chicken Chop atau Chicken Grill, namun Bason menyelesai­kan masalah mereka apabila menyediaka­n Chicken Barbara yang menggabung­kan keduaduany­a bersama curahan sos keju susu istimewa dan kentang bakar lada hitam.

Bagaimanap­un, bukan saja kepelbagai­an hidangan dengan hiasan kreatif menarik kunjungan pelanggan menjamu selera di Bason yang beroperasi sejak Mei tahun lalu, saiz hidangan yang besar dan kuantiti banyak pada harga berpatutan juga menjadi tarikan utama.

Ketua Operasi Restoran Bason, Muhammad Nur Aiman Basuni berkata pihaknya mahu semua pelanggan merasakan bahawa kunjungan mereka berbaloi dan makanan yang dinikmati setimpal dengan harga dibayar.

“Setiap orang mempunyai selera berbeza, oleh itu di Bason kami menawarkan masakan yang menjadi kegemaran semua orang, mudah diterima dan mendapat sambutan masyarakat tidak kira bangsa.

“Namun, kami berikan dekorasi yang menarik pada setiap hidangan bukan saja untuk menambat selera, malah turut membuatkan pelanggan ingin berkunjung semula. Apapun, kami masih mementingk­an keenakan dan sentiasa menjaga kualiti rasa,” katanya.

Bason juga bukan sekadar restoran sahaja tetapi sebagai satu tempat bagi pelanggan bersama keluarga atau rakan untuk santai bersama-sama. Tidak sahaja makanan, tetapi Bason menyajikan pelbagai jenis minuman dan juga koktel untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.

“Suasana kedai yang moden dan santai ditambah dekorasi DIY memberikan pelanggan persekitar­an yang bersih, unik dan lain daripada yang lain. Pelanggan juga boleh bergambar di beberapa sudut selfie,” katanya.

 ??  ?? INFO
ALAMAT: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor WAKTU OPERASI: 8 pagi-12 tengah malam (setiap hari) FACEBOOK/ INSTAGRAM: Bason/ basonbyser­ikeningau MUHAMMAD Nur Aiman bersama hidangan
popular di Bason.
INFO ALAMAT: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor WAKTU OPERASI: 8 pagi-12 tengah malam (setiap hari) FACEBOOK/ INSTAGRAM: Bason/ basonbyser­ikeningau MUHAMMAD Nur Aiman bersama hidangan popular di Bason.
 ??  ?? MASAKAN tempatan dan Barat dengan dekorasi kreatif
di Bason.
MASAKAN tempatan dan Barat dengan dekorasi kreatif di Bason.
 ??  ?? PELBAGAI minuman koktel dengan campuran
buah-buahan.
PELBAGAI minuman koktel dengan campuran buah-buahan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia