Harian Metro

Innova lebih bergaya

-

MPV saiz sederhana tampil dengan ciri premium dan penarafan EEV

enjin 2.0 liter 1TR-FE empat silinder Dual VVT-i yang memberikan prestasi dan penjimatan bahan api, ia turut menerima pengiktira­fan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Untuk keselamata­n, ia ditawarkan dengan tujuh beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Penarikan (TRC), Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Penyaluran Brek Elektronik (EBD), Bantu Brek (BA) dan banyak lagi.

Struktur badan diperkukuh­kan dengan keluli tekanan tinggi pada beberapa bahagian mendapat penarafan lima bintang ASEAN NCAP untuk perlindung­an penumpang dewasa.

Menurut Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki, generasi kedua ini dibangun berdasarka­n kajian pasaran yang dilakukan dan permintaan terhadap MPV saiz ini sentiasa ada.

“Selain lebih premium, sistem suspensi baru diperkenal­kan bagi pemanduan lebih selesa serta kadar kebisingan lebih rendah bagi perjalanan yang lebih menyenangk­an,” katanya ketika majlis pelancaran.

Tiga varian ditawarkan pada harga atas jalan RM109,000 (2.0E M/T), RM117,000 (2.0E A/T) dan RM126,000 (2.0G A/T) dengan jaminan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Ada enam pilihan warna iaitu putih super, perak metalik, perak medium metalik, kelabu metalik, hitam attitude mica dan gangsa avant-garde metalik.

 ??  ?? REKAAN
luaran premium.
REKAAN luaran premium.
 ??  ?? PROFIL sisi
elegan.
PROFIL sisi elegan.
 ??  ?? METER optitron dengan warna MID.
METER optitron dengan warna MID.
 ??  ?? LAMPU suasana.
LAMPU suasana.
 ??  ?? SOKET kuasa 12V di celah tempat duduk baris kedua.
SOKET kuasa 12V di celah tempat duduk baris kedua.
 ??  ?? TUJUH beg udara ditawarkan.
TUJUH beg udara ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia