Harian Metro

Sesi pemanduan premium

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Diesel Dynamic Euro 5 Petronas diuji pemilik kenderaan ke Johor Bahru

Sesi pandu uji pemilik kenderaan yang menggunaka­n bahan api Diesel Dynamic Euro 5 Petronas diadakan barubaru ini dari Shah Alam menuju ke Johor Bahru.

Sebanyak 60 buah kenderaan dengan 140 peserta menyertai aktiviti ini terdiri daripada pemilik BMW, Audi, Mercedes-Benz dan kenderaan trak pikap bagi menguji prestasi serta jarak yang boleh dicapai.

Konvoi pagi itu dilepaskan oleh Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, Petronas Dagangan Berhad, Aadrin Azly meliputi jarak perjalanan sejauh 360 kilometer.

Selain pemanduan, peserta juga disediakan dengan aktiviti dan kuiz di beberapa lokasi menarik sepanjang perjalanan.

Persinggah­an pertama ialah Taman Mini Malaysia di Melaka untuk makan tengah hari selain menyertai persembaha­n kebudayaan di sana.

Aktiviti seterusnya di stesen Petronas Machap di mana peserta perlu memadankan logo Diesel Euro 5 Dynamic Petronas melalui aplikasi yang dimuat turun khas untuk aktiviti ini.

Selain lebuh raya, bahan api ini juga diuji lebih 40 buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang memasuki laluan lasak di Johor.

Peserta dilepaskan di Petronas Pasir Gudang menuju ke Kota Tinggi melalui laluan off-road dengan jarak perjalanan sejauh 120km.

Secara keseluruha­n pengguna memberi maklum balas positif akan keberkesan­an Diesel Euro 5 Dynamic apabila enjin juga lebih senyap selain lancar, bertenaga dan penggunaan bahan api yang efisien.

Sehingga kini terdapat lebih 20 buah stesen Petronas menawarkan Diesel Euro 5 Dynamic Petronas di seluruh negara dengan ciri pembakaran lebih sempurna, memberi lebih kuasa dan melindungi enjin untuk tahan lebih lama.

 ??  ?? PESERTA dilepaskan di Shah Alam.
PESERTA dilepaskan di Shah Alam.
 ??  ?? LALUAN lasak untuk peserta
pacuan empat roda.
LALUAN lasak untuk peserta pacuan empat roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia