Harian Metro

DNA MINI masih

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Lima model diuji pelbagai corak pemanduan

Industri permotoran terus berkembang dari tahun ke tahun dengan pelbagai transforma­si teknologi, reka bentuk dan tahap kecekapan yang ditawarkan. Ini termasuk jenama kereta kompak yang popular dari Britain, MINI yang sentiasa menjadi kegilaan ramai.

Jenama berkenaan bagaikan dilahirkan semula apabila kembali menjadi fenomena selepas tampil dengan kecekapan luar biasa dalam pengurusan bahan api dan personalit­i rekaan, sekali gus meletakkan­nya sebagai jenama popular.

Seperti model terdahulu, semua model MINI yang terbaru mempunyai DNA prestasi dan kehebatan pemilikan serta pemanduan yang sama, dengan dipertingk­at oleh ciri-ciri moden serta memenuhi cita rasa terkini yang lebih trendy dan elegan.

Dalam siri pemanduan MINIscapes ke Johor Bahru, Johor baru-baru ini, penulis berkesempa­tan memandu uji lima model terbaru

MINI, iaitu MINI Cooper S tiga pintu, MINI Cooper S lima pintu, MINI Cooper S Clubman, MINI Cooper S Countryman dan MINI John Cooper Works.

Pemanduan terasa lancar sepanjang perjalanan dari Bangsar menuju ke destinasi akhir di Puteri Harbour di Johor Bahru dengan model MINI Cooper S lima pintu yang dijana oleh enjin petrol MINI TwinPower Turbo Technology bersesaran

2.0 liter yang mampu menghasilk­an kuasa maksimum mencecah 141kW/192hp dan tork 280Nm.

Menjadikan ia lebih

ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Sport enam kelajuan yang membolehka­n jentera ini dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam masa hanya 6.8 saat. Malah ia boleh dipacu dengan kelajuan maksimum sehingga 230km/j.

Selain itu, MINI lima pintu ini juga dikatakan mampu menggunaka­n bahan api secara efisien iaitu 5.5 liter bagi setiap 100km dengan emisi CO2 129g/km, selain dipadankan ciri sistem henti mula serta menawarkan enam beg udara sebagai aspek keselamata­n standard.

Biarpun mengekalka­n elemen rekaan MINI tersendiri seperti unjuran pendek dan bonet depan berbentuk menyerupai cengkerang, MINI Cooper S lima pintu adalah 16 inci lebih panjang berbanding MINI asal, bagi menawarkan lebih ruang serta penambahan pintu.

Model itu juga mempunyai tambahan saiz badan model

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia