Harian Metro

Lincah dan responsif

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Benelli TnT135 janji tunggangan menyeronok­kan

Walaupun disasarkan untuk golongan muda, ia juga sesuai dengan pelbagai peringkat usia sebagai jentera untuk kegunaan harian.

Model TnT135 adalah segmen motosikal mini baharu jenama Benelli di Malaysia yang dilancarka­n pada pertengaha­n minggu lalu, dikuasakan dengan enjin 135cc suntikan bahan api elektronik SOHC 4 injap sejukan cecair.

Ia juga menerima Pengiktira­fan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan Malaysia dan menawarkan tunggangan yang efisien dengan tangki petrol 7.2 liter.

Menerima pensijilan Euro 4, ia memiliki gear lima kelajuan bagi perjalanan yang lancar terutama ketika melalui kesesakan bandar dan lebuh raya serta fork terbalik 41mm memberi kestabilan dan keselesaan ketika menunggang.

Ketua Pegawai Pemasaran Global Benelli, Dante Richard Bustos berkata, motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian selain seronok ketika ditunggang dengan kawalan yang mudah.

“Walaupun sebagai motosikal tahap awal (entry level), kualiti kemasan motosikal ini umpama motosikal premium dengan ciri terkini yang mampu menarik pembeli,” katanya.

Antara ciri lain ialah sistem ekzos oksigen untuk bunyi sporty, lampu LED penuh untuk lebih terang ketika tunggangan malam dan jelas kelihatan ketika siang serta brek cakera depan dan belakang bersaiz 220mm dengan dua angkup piston.

Kerangka tiub besi rekaan Lattice menyerlahk­an lagi rekaan dengan roda aloi bersaiz 12 inci tampil lebih sporty dan agresif.

Model ini didatangka­n dengan dua pilihan warna dan grafik yang menarik iaitu merah dan putih dengan harga jualan asas RM7,990 (tidak termasuk GST) dengan waranti tiga bulan atau 3,000 kilometer yang

mana lebih dahulu.

 ??  ?? CIRI berkualiti pada sebuah motosikal tahap awal.
CIRI berkualiti pada sebuah motosikal tahap awal.
 ??  ?? EKSOS dengan sistem sensor oksigen.
EKSOS dengan sistem sensor oksigen.
 ??  ?? MOTOSIKAL mini dengan enjin 135cc.
MOTOSIKAL mini dengan enjin 135cc.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia