Harian Metro

Techron D patuhi piawaian Euro 5

-

B erikutan permintaan tinggi terhadap kenderaan berenjin diesel, Chevron Malaysia Limited memperkena­lkan bahan api diesel terkini Caltex Power Diesel dengan Techron D yang mematuhi piawaian antarabang­sa Euro 5.

Ujian terhadap bahan api premium terbaharu ini terbukti mampu membersihk­an sistem injektor secara berkesan selain bebas enapan yang menyebabka­n prestasi menjadi kurang lancar.

Pengerusi Negara

Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata, Caltex Power Diesel adalah bahan api premium ultra mengandung­i aditif Techron D yang mengawal kekotoran atau deposit, seterusnya mengembali­kan kecekapan enjin seperti baharu.

“Pelancaran bahan api premium ultra ini selaras komitmen syarikat untuk menawarkan produk terbaik kepada pelanggan.

“Dibangunka­n dengan kandungann­ya hampir sifar sulfur, Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D mengandung­i kurang daripada 10 bahagian bagi setiap juta (ppm) sulfur berbanding 500ppm pada diesel Euro 2M,” katanya pada majlis pelancaran itu di Shah Alam, Selangor barubaru ini.

Hadir sama Pakar Kejurutera­an Produk Chevron Malaysia, Philip Chee.

Shahid berkata, bahan api terbaharu ini terbukti membantu bersihkan suntikan bahan api seterusnya menghasilk­an prestasi enjin yang optimum.

“Kami memahami keperluan pelanggan, kerana itu Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D diperkenal­kan untuk memastikan prestasi enjin lebih baik dan memelihara enjin baru atau lama,” katanya.

Shahid berkata, pengenalan Caltex

Power Diesel dengan Techron D dilihat berdaya memperting­katkan keupayaan jenama syarikat selain menambah bilangan pelanggan.

“Caltex kini memiliki 125 stesen di seluruh negara dan produk ini akan ditawarkan di beberapa stesen terpilih,” katanya.

 ?? FOTO: ?? SHAHID (tengah) dan Philip lancar Caltex Power Diesel dengan Techron D.
FOTO: SHAHID (tengah) dan Philip lancar Caltex Power Diesel dengan Techron D.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia