Harian Metro

Enjin kuat ‘makan minyak’

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Kenapa ramai pemilik kenderaan mengadu mengenai minyak pelincir mereka berkuranga­n lepas tempoh tertentu. Bagaimana cara mengetahui enjin kereta kita dikategori­kan sebagai ‘makan minyak’? Persoalan ini sering menghantui pemilik kereta dan sebenarnya banyak penyebab yang menjadi punca kepada masalah ‘makan minyak’. Sebagai pengguna, kita harus belajar mengenal punca bagi menjimatka­n wang terhadap kos pembaikan.

Punca masalah ‘makan minyak’ yang serius dan paling tinggi kos pembaikann­ya disebabkan kehausan dinding silinder akibat gegelang minyak pada omboh paling bawah sudah patah.

Ini adalah satu sebab penggunaan minyak pelincir yang tinggi, namun begitu ia bukan punca utama dan terdapat banyak perkara lain lebih kecil yang memungkink­an perkara sama berlaku.

Pertama, periksa jika ada tompokan minyak di lokasi anda meletakkan kereta yang kemungkina­n penebat atau gasket pecah atau bocor hingga minyak pelincir keluar.

Cuba cari kesan minyak yang meresap keluar dari bahagian sambungan komponen enjin. Amalan mudah ini baik bagi mengelak enjin mengalami kerosakan lebih besar.

Jika ada minyak meresap keluar bermakna air juga boleh meresap masuk. Minyak pelincir yang bercampur air akan kehilangan kuasa pelinciran­nya selain mengakibat­kan kehausan melampau pada enjin.

Ini dapat dikesan sekiranya minyak pelincir berwarna putih apabila bercampur air. Tukar minyak pelincir dengan segera dan cari punca kemasukan air.

Dalam kes tertentu, minyak pelincir juga boleh keluar melalui penebat minyak

(oil-seal) pada injap terutamany­a apabila lorong injap terlalu haus. Namun, ini kerap dialami enjin sudah berusia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia