Harian Metro

Toyota Celica gaya kartun

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Rekaan umpama watak filem animasi The Cars

Toyota Celica adalah jentera sport coupe yang dikeluarka­n Toyota Motor Corporatio­n bermula awal 1970 hingga 2006 membabitka­n tujuh generasi.

Lebih membanggak­an apabila jentera ini diguna secara rasmi dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) pada 1972 sehingga 1986.

Atas sebab itu, lonjakan jualan jentera Celica semakin mendapat tempat apabila lebih 4.1 juta jentera ini terjual.

Di Kajang, Selangor, jentera generasi pertama Celica milik Zulfika Razi Omar, 44, menampilka­n modifikasi sederhana dan masih dikekalkan ciri asalnya.

Malah reka bentuknya tidak ubah seperti watak filem animasi The Cars yang sering disiarkan di seluruh dunia, namun hanya berbeza pada warnanya.

Jentera TA28 ST binaan 1976, sememangny­a sebuah model yang sukar ditemui, tambahan pula jentera ini dijana enjin berkuasa iaitu 2T-G twincam bersesaran 1,600cc.

Tidak banyak proses modifikasi dilakukan kecuali dengan rombakan kotak gear, kepala silinder melalui proses ‘pot dan polish’ serta penukaran ekzos saluran terus untuk menjadikan­nya lebih berkuasa.

Kuasa tujahan jentera ini lebih menonjol dengan penukaran klac Exedy manakala kuasa hentian dikawal sistem brek cakera Celica TA33. Biarpun sudah berusia, kestabilan jentera melalui suspensi asal masih baik.

Bercakap mengenai kelajuan, jentera ini mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam (km/j) selepas sedikit proses modifikasi.

Menjengah ke ruangan kokpit, ternyata penukaran material PVC hitam pada kerusi menyerlahk­an lagi imejnya sebagai jentera klasik. Pemilik juga mengekalka­n keaslian dalaman termasuk meter kelajuan asal, papan permuka dan sebagainya.

Sudut luaran pula unik apabila penambahan spoiler dan sedikit binaan khas menjadikan bahagian belakang dan hadapan tampak berbeza.

Selain itu, bahagian badan dirombak lebih lebar berbanding asal bagi menampakka­n jentera ini tambah gah selain padanan rim Banana bersaiz 15 inci.

Pemasangan pelaras angin pada cermin belakang menjadikan jentera ini lebih unik manakala komponen asal seperti emblem, jeriji bampar hadapan, lampu, penahan beban krom dan cermin sisi masih dikekalkan dan terpelihar­a rapi.

Biarpun proses modifikasi tampil sederhana dan hanya mencecah RM10,000, harganya kini mampu mencecah RM40,000 berikutan kesukaran untuk memperoleh­nya.

 ??  ?? TOYOTA Celica TA28 ST
yang masih tampan.
TOYOTA Celica TA28 ST yang masih tampan.
 ??  ?? TOYOTA Celica TA28 ST yang masih boleh bergaya di jalan raya.
TOYOTA Celica TA28 ST yang masih boleh bergaya di jalan raya.
 ??  ?? BAHAGIAN belakang diberi sentuhan minimum.
BAHAGIAN belakang diberi sentuhan minimum.
 ??  ?? BAHAGIAN hadapan tampak lebih ‘sado.’
BAHAGIAN hadapan tampak lebih ‘sado.’
 ??  ?? RUANG kokpit masih seperti asal.
RUANG kokpit masih seperti asal.
 ??  ?? EMBLEM asal masih berkilat.
EMBLEM asal masih berkilat.
 ??  ?? AKSESORI asal masih kekal.
AKSESORI asal masih kekal.
 ??  ?? TOYOTA Celica TA28 ST tetap digeruni.
TOYOTA Celica TA28 ST tetap digeruni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia