Harian Metro

Hias kereta dengan Hello Kitty

-

Karakter kucing putih comel mengenakan riben, Hello Kitty sangat diminati Melissa Eliziah Affendi.

Bertitik daripada itu, dia yang ingin berkongsi minat itu dengan penggemar karakter itu mula menjual aksesori hiasan kereta sejak Februari 2015.

“Saya jual aksesori untuk hiasan kereta seperti alas stereng, karpet kereta, lapik dan sarung kerusi memaparkan karakter Hello Kitty hampir tiga tahun lalu.

“Saya rasa satu kepuasan apabila peminat kartun itu gembira melihat kereta mereka dihiasi dengan aksesori memaparkan karakter berkenaan.

“Semua itu kami kongsi menerusi laman sosial Facebook dan Whatsapp mahupun mesej. Material biasanya fabrik dan rekaan juga pelbagai,” katanya.

Kata Melissa, pelanggan bukan saja kalangan wanita malah lelaki turut membeli aksesori berkenaan bagi tujuan pameran mahupun untuk dihadiahka­n kepada isteri atau teman wanita.

Mereka yang berminat mendapatka­n aksesori unik boleh melayari Instagram atau Facebook Aksesori Kereta Hello Kitty.

 ??  ?? MENONJOL bagi pilihan warna merah.
MENONJOL bagi pilihan warna merah.
 ??  ?? SARUNG Hello
Kitty serba merah jambu.
SARUNG Hello Kitty serba merah jambu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia