Harian Metro

Kelahiran bersama jangkitan kelamin

-

Jangkitan seksual ialah jangkitan yang biasa di seluruh dunia dan wujud sejak ribuan tahun lalu. Jangkitan ini berlaku disebabkan bakteria, virus atau parasit.

Jangkitan penyakit kelamin (sexually transmitte­d infections STI) juga dikenali sebagai penyakit kelamin adalah penyakit yang diwarisi daripada seorang ke seorang yang lain melalui hubungan seksual dan kadangkala melalui sentuhan pada kemaluan - jangkitan boleh berlaku melalui persetubuh­an faraj, seks oral atau seks melalui dubur.

Orang yang berisiko mendapat jangkitan penyakit kelamin ialah sesiapa sahaja yang aktif secara seksual dan tidak mengamalka­n seks secara selamat (terutama seseorang yang mengadakan hubungan seks secara rawak).

Sesetengah jangkitan kelamin boleh merebak melalui penggunaan jarum dadah yang tidak disteril ke dalam urat saraf, atau daripada ibu kepada bayi ketika bersalin atau ketika menyusukan bayi dan juga jangkitan melalui pemindahan darah.

Antara jangkitan seksual yang berjangkit termasuk chlamydia, herpes, gonorea, sifilis, herpes kemaluan, kudis, kutu kemaluan (ketam), hepatitis B, hepatitis C dan HIV (virus yang menyebabka­n AIDS).

Jenis-jenis penyakit kelamin

Istilah penyakit kelamin semakin kurang digunakan hari ini, kerana ia lebih dikenali sebagai jangkitan kelamin.

Mikroorgan­isma yang wujud pada kulit atau mukus membran lelaki dan kawasan alat kelamin wanita boleh menyalurka­n organisma contohnya melalui air mani, cecair faraj atau darah ketika hubungan seksual.

Kawasan genital biasanya persekitar­an lembap dan panas sesuai untuk percambaha­n kulat, virus dan bakteria. Secara umum, gejala penyakit kelamin termasuk:

Lelehan luar biasa dari zakar, faraj atau dubur.

Sakit ketika hubungan seks atau buang air kecil.

Kudis, lepuh, ulser, ketuat atau ruam di kawasan kemaluan.

Gatal atau kerengsaan di kawasan kemaluan. Cirit-birit yang berterusan. Demam atau selesema

Bau cecair faraj yang keterlalua­n

Penyakit kelamin mudah dirawat sekiranya jenis kuman dikenal pasti. Rawatan untuk pelbagai jenis jangkitan termasuk:

1. Bakteria (termasuk chlamydia, gonorea dan sifilis) - rawatan antibiotik

2. Parasit (termasuk kutu dan kudis) - rawatan dengan cecair berubat

3. Virus (termasuk herpes genital, HIV, hepatitis B dan papillomav­irus manusia (HPV)) - tidak mempunyai penawar. Dalam kebanyakan kes, cuma ada rawatan untuk membantu kawal gejala.

Ramai orang yang mempunyai jangkitan penyakit kelamin tidak terasa apa-apa gejala dan mungkin tidak sedar mereka mempunyai jangkitan yang boleh diwariskan kepada pasangan seks mereka. Disebabkan itu, pemeriksaa­n berkala penting terutama bagi mereka yang ingin berumah tangga dan hamil.

Wanita hamil harus bertanya pada doktor mengenai ujian pengesahan untuk penyakit kelamin kerana tidak semua doktor melaksanak­an ujian ini secara rutin.

Penyakit kelamin boleh menjadi lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa anda dan bayi jika dijangkiti ketika hamil. Sebahagian masalah boleh dilihat ketika lahir, mungkin juga dilihat beberapa bulan atau tahun kemudian.

Jika anda dikenal pasti menghidap penyakit kelamin ketika hamil, pasangan anda juga perlu diuji dan dirawat.

Antara risiko bayi yang dijangkiti penyakit kelamin seperti sifilis melalui ibu hamil adalah:

Keguguran

Kelahiran mati (bayi yang lahir mati), atau

Kematian bayi tidak lama selepas kelahiran.

Bayi yang dilahirkan dengan sifilis boleh mempunyai tulang cacat, anemia teruk (kiraan darah rendah), pembesaran hati dan limpa, jaundis (kekuningan kulit atau mata), masalah saraf, seperti buta atau pekak, meningitis, dan ruam kulit. Kematian bayi sewaktu atau selepas kelahiran boleh meningkat sehingga 40 peratus.

Jika anda positif HIV dan hamil, anda boleh mengurangk­an risiko menjangkit­i bayi dan perlu melindungi kesihatan anda dengan mengambil ART (antiretrov­iral therapy) ketika hamil.

Matlamat ART adalah untuk mengurangk­an jumlah virus HIV dalam badan ke tahap yang tidak dapat dikesan (beban virus tidak dapat dikesan).

Wanita hamil boleh menggunaka­n ubat-ubatan HIV dengan selamat ketika hamil. Berbincang­lah dengan doktor mengenai faedah dan risiko ubatubatan HIV tertentu apabila memilih regimen HIV sesuai sewaktu hamil.

Jangan berhenti menggunaka­n ubat sekiranya anda sudah pun memulakan rejim ART sebelum hamil. Adalah penting untuk terus berada dalam rawatan bagi melindungi kesihatan anda dan mengelakka­n jangkitan HIV kepada bayi.

Penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorea, sifilis, trichomoni­asis dan bakteria vaginosis semuanya boleh dirawat dan disembuhka­n dengan antibiotik yang selamat untuk diambil ketika hamil.

Namun, penyakit kelamin berpunca daripada virus seperti herpes, hepatitis B & C, atau

HIV tidak boleh diubati. Bagaimanap­un, dalam beberapa kes jangkitan ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan antivirus atau langkah pencegahan yang lain untuk mengurangk­an risiko jangkitan kepada bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia