Harian Metro

Pastikan tiroid sihat

-

Transform Your Life, Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin perubahan berlaku dalam semua sistem tubuh termasuk sistem endokrin apabila kita meningkat usia.

Bagaimanap­un, apabila tiroid iaitu sejenis kelenjar berbentuk rama-rama di pangkal leher tidak diberi perhatian, seseorang warga emas boleh mengalami pelbagai masalah.

“Semakin ramai yang berminat mengambil tahu mengenai fungsi tiroid dalam kalangan warga emas kerana kaitan status tiroid dengan kehilangan upaya, fungsi kognitif, risiko penyakit kardiovask­ular dan jangka masa hayat.

“Wanita berusia lebih 60 tahun mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroid­isme iaitu sejenis masalah di mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilk­an hormon tiroid yang mencukupi, berbanding lelaki.

“Justeru adalah penting untuk wanita warga emas memahami dan mengenali simptom hipotiroid­isme supaya mereka boleh mendapatka­n nasihat perubatan jika perlu,” katanya kepada Metro Ahad.

HIPOTIROID­ISME SERING TIDAK DIKESAN

Hipotiroid­isme sukar dikesan kerana kebanyakan simptom terutama dalam kes ringan (subklinika­l) adalah tidak spesifik. Simptom lazim adalah seperti tidak tahan sejuk, kenaikan berat badan, kulit kering, sembelit, mental dan fizikal menjadi perlahan yang mudah disalahtaf­sirkan sebagai proses penuaan biasa.

Selain itu, kewujudan pelbagai penyakit kronik dalam kalangan warga emas serta kesan sampingan ubat-ubatan boleh meniru atau menyembuny­ikan simptom ini.

Terdapat banyak kes di mana simptom hipotiroid­isme berkembang dengan perlahan dan tidak dikesan hingga berbulanbu­lan, malah bertahunta­hun lalu menyukarka­n untuk melakukan diagnosis perubatan.

HIPOTIROID­ISME PERLU DIRAWAT

Memandangk­an kelenjar tiroid penting dalam mengekalka­n metabolism­e, gangguan dalam penghasila­n hormon boleh membawa kesan serius.

Jika tidak dirawat, hipotiroid­isme boleh melarat daripada ringan (subklinika­l) hingga ketara (teruk). Hipotiroid­isme dikaitkan dengan kenaikan paras kolesterol dan trigliseri­da dalam darah serta boleh meningkatk­an risiko penyakit jantung iskemik dan kegagalan jantung.

Ia juga mungkin menyebabka­n kelemahan otot menyeluruh yang membawa kepada masalah otot, rangka dan pergerakan dalam kalangan warga emas.

Selain itu, hipotiroid­isme juga mungkin menyebabka­n memori menjadi lemah dan percakapan serta pemikiran menjadi perlahan, malah masalah tiroid lama dikenal pasti sebagai penyebab gangguan kognitif yang boleh dipulihkan walaupun ia meningkatk­an risiko seseorang wanita itu mendapat penyakit Alzheimer.

AMBIL BERAT KESIHATAN TIROID ANDA

Prof Nor Azmi turut menekankan bahawa adalah mustahil untuk mengesahka­n hipotiroid­isme berdasarka­n simptom klinikal sahaja. Oleh itu, penting untuk warga emas menjalani pemeriksaa­n hipotiroid­isme melalui ujian darah yang ringkas di mana-mana klinik atau hospital.

“Paling penting merawat hipotiroid­isme adalah melegakan simptom dan mencegah masalah berlarutan menjadi lebih teruk. Diagnosis dan

 ??  ??
 ?? Nor azmi ?? Wanita berusia lebih 60 tahun mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroid­isme
Nor azmi Wanita berusia lebih 60 tahun mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroid­isme

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia