Harian Metro

Kembara lawan kezaliman

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

„ Ahli perniagaan, keluarga jelajah 9,000km desak keadilan untuk Rohingya

Seorang ahli perniagaan bersama isteri dan empat anak memilih cara tersendiri bagi menzahirka­n keprihatin­an terhadap penduduk Islam Rohingya yang ditindas di Myanmar iaitu berkereta menjelajah ke enam negara ASEAN, bermula semalam.

Datuk Nur Sahar Osman, 38, berkata, perjalanan beliau dan keluarga sejauh kira-kira 9,000 kilometer itu sebahagian daripada program mempromosi pelayaran kemanusiaa­n Flotila To Arakan (F2A) yang dijadual Februari tahun depan.

“Kami menjangka perjalanan ke enam negara ini mengambil masa kira-kira dua minggu,” katanya yang ditemani isteri Datin Maizatul Aini Mohd Reduan, 36, serta empat anak iaitu Nur Zahirah, 8, Muhammad Zahir, 6, Nur Ikhasani, 4, dan Nur Amina.

Nur Sahar yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pembanguna­n Islam Sedunia (WIDO) menggunaka­n kereta jenis BMW memulakan perjalanan semalam dari tempat tinggalnya di Melaka.

Beliau dan keluarga menuju ke destinasi pertama iaitu Thailand dan seterusnya ke Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, berpatah semula ke Singapura, sebelum kembali ke Melaka.

“Kami akan singgah ke Kedutaan Myanmar di setiap negara untuk mempromosi­kan kesejagata­n dan keamanan selain menyerahka­n memorandum bantahan penindasan terhadap penduduk Islam Rohingya di Myanmar.

“Kami turut membawa 1,000 naskhah Surah Yasin untuk diedarkan kepada komuniti Islam sebagai simbolik perpindaha­n ilmu dilaksanak­an WIDO ke kawasan terbabit,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sebagai wakil WIDO beliau juga akan cuba mengadakan rundingan diplomasi dengan wakil di setiap kedutaan Myanmar di negara yang dikunjungi.

“Kami percaya pendekatan sedemikian sedikit sebanyak membantu menyedarka­n masyarakat global terhadap krisis kemanusiaa­n di Rohingya dan keperluan ia diselesaik­an di meja rundingan, bukannya dengan langkah kekerasan,” katanya.

Nur Sahar berkata, ini bukan pertama kali dia membawa keluargany­a ‘makan angin’ ketika cuti sekolah di kawasan bergolak luar negara kerana ia sudah dilakukan sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini dia membawa keluargany­a menjalani jelajah kemanusiaa­n ke kawasan minoriti Islam di Selatan Thailand (2011), Bangkok (2012), Kemboja (2013), Laos (2014) dan Myanmar (2015).

“Alhamdulil­lah, setakat ini segala misi kami berjalan lancar. Kami sekeluarga serahkan segala-galanya kepada Allah SWT, begitu juga untuk misi kali ini. Kami tawakal dan semoga beroleh kejayaan,” katanya.

Menceritak­an pengalaman dan cabaran sukar dilupakann­ya sebelum ini, Nur Sahar berkata antaranya ialah berdepan bahaya apabila terperangk­ap dalam tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok pada 2012.

“Kami tak boleh keluar bandar apabila kumpulan baju hitam mula melakukan rusuhan. Kejadian 2012 itu masih saya ingat hingga kini, kami terpaksa menunggu penunjuk perasaan berkuranga­n di jalanan.

“Ketika misi ke Laos pula kereta kami rosak di sebuah perkampung­an di Thailand dan ketika itu sudah malam. Mujur ada penduduk tempatan menumpangk­an kami bermalam di rumahnya.

“Apapun saya yakin setiap pekerjaan dengan niat yang baik akan dipermudah­kan Allah. Itu prinsip saya yang turut diterapkan kepada setiap ahli keluarga,” katanya.

Nur Sahar berkata, seperti sebelum ini segala perbelanja­an untuk misi kali ini juga tanggungan sendiri namun berharap orang ramai sudi menghulurk­an sumbangan untuk menjayakan pelayaran F2A.

Menurutnya, sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun Maybank 5642216287­86 atas nama Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) atau akaun CIMB 8007103829 atas nama Asas Sukarelawa­n Asas Sejahtera (ASAS).

 ?? Nur Sahar ?? KELUARGA Nur Sahar sedia tempuh perjalanan 9,000km demi Flotila To Arakan. Kami akan singgah ke Kedutaan Myanmar di setiap negara untuk mempromosi­kan kesejagata­n dan keamanan selain menyerahka­n memorandum bantahan penindasan terhadap penduduk Islam...
Nur Sahar KELUARGA Nur Sahar sedia tempuh perjalanan 9,000km demi Flotila To Arakan. Kami akan singgah ke Kedutaan Myanmar di setiap negara untuk mempromosi­kan kesejagata­n dan keamanan selain menyerahka­n memorandum bantahan penindasan terhadap penduduk Islam...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia