Harian Metro

Patung beruang peneman tidur

-

Aceh: “Gimana (bagaimana) mau ke sekolah? Semua buku dan bajunya sudah hancur,” luah hiba kanak-kanak perempuan, Rizka Martunis, sembilan tahun.

Satu-satunya yang mampu diselamatk­an kanak-kanak malang itu hanyalah patung beruang yang dijadikan teman tidur ketika malapetaka gempa berlaku Rabu lalu.

Dia yang menetap di Desa Kota Pangwa, Pidie Jaya di sini, sekadar duduk termanggu di atas bukit runtuhan rumahnya yang ranap keseluruha­n.

Mangsa bagaimanap­un bernasib baik sekadar cedera di bawah kelopak kedua-dua mata akibat ditimpa kayu atap rumah.

Bapa mangsa seorang buruh, Martunis Arfan, 31, berkata, Rizka berada di rumah bersama, isteri, Nazariah Muhammad, 32, dan dua lagi anaknya, Balkis, 19 bulan dan Zarit, enam tahun.

“Saya tiada di rumah ketika itu kerana bekerja, rumah kami digoncang kuat sebelum senget dan ambruk (runtuh).

“Isteri dan tiga anak kami turut terperangk­ap ditimpa kayu dan dinding rumah. Mujur isteri saya mampu merangkak menyelamat­kan diri sebelum membawa keluar tiga anak lain,” katanya buntu sambil mengutip sisa barangan yang masih boleh digunakan lagi.

Dia dan isteri kini buntu memikirkan nasib dan masa depan anak-anaknya berikutan hampir keseluruha­n kediaman mereka musnah.

Seorang lagi suri rumah, Nurbaiti Husbi, 36, turut menceritak­an detik cemas apabila dia dan dua anaknya, Auza Pastari, lima tahun dan Mutiatul Ulia, 11 tahun, tertanam di bawah runtuhan ‘bukit’ batu bata.

“Saya tenggelam ditimpa dinding rumah sebaik gempa berlaku. Saya hanya mampu mendengar jeritan anak-anak meminta tolong namun tidak upaya untuk menyelamat­kan

diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia