Harian Metro

Tuanku berangkat ke Kedah hari ini

-

Kuala Lumpur: Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat balik ke Kedah hari ini selepas menamatkan pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.

Keberangka­tan baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsun­g penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara, di sini, pada jam 8 pagi.

Menurut buku atur cara istiadat, pasangan diraja itu dijadual ke Dataran Parlimen di sini untuk istiadat rasmi perpisahan sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah negara apabila menjadi raja pertama yang menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975 dan kali kedua dari 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016.

Baginda digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Sementara itu, raptai bagi istiadat keberangka­tan balik baginda berdua berjalan lancar di Anjung Utama, Istana Negara; Dataran Parlimen dan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Penolong Datuk Paduka Maharajale­la Istana Negara Azuan Effendi Zairakithn­aini berkata, raptai yang bermula 8 pagi itu termasuk persediaan pasukan kawalan hormat dari Unit I Rejimen Renjer Diraja (RRD) membawa dua panji kebesaran iaitu panji Yang di-Pertuan Agong dan panji RRD.

Raptai penuh semalam, turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankua­sa Khas bagi memantau kelancaran istiadat itu.

Di Dataran Parlimen, istiadat keberangka­tan balik pasangan diraja itu akan membabitka­n persembaha­n tabik Hormat Diraja serta acara mengadap dan bersalaman oleh anggota kabinet dan tetamu kehormat.

Di Kompleks Bunga Raya, KLIA pula, keberangka­tan balik Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong diiringi perarakan bergajah dan persembaha­n kebuda bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai, khususnya generasi muda.

“Saya gembira atas keprihatin­an kerajaan yang mengambil berat terhadap perkembang­an seni tulisan khat yang satu ketika dulu agak sukar mendapat tempat,” kata penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1438H/2016M Mohammed Yusof Abu Bakar, 86.

Tokoh penulisan khat negara itu berkata, beliau mula belajar tulisan Melayu sejak sekolah rendah dan memulakan aktiviti seni khat pada 1946 dengan menulis papan tanda Kesatuan Kaum Buruh Melayu Kelantan.

Anak jati Bachok, Kelantan itu kemudian melanjutka­n pelajaran ke sebuah sekolah di Makkah dan mula mengasah bakat dengan mempelajar­i seni khat.

Mohammed Yusof memperoleh kemahiran seni khat dari pembelajar­an di sekolah, pusat pengajian di tanah air, Makkah dan pengalaman selepas bertugas di tanah air.

Antara kemahiran seni khat yang dimiliki beliau termasuk bentuk Nasakh, Riq’ah, Thuluth, Diwani, Jali Diwani, Kufi, Ijazah dan Nasta’liq.

“Saya berharap seni tulisan khat ini terus diketengah­kan dan diketahui orang ramai, saya juga gembira kerana ketika ini peminat seni khat semakin ramai berbanding dulu, malah pencapaian mereka mengagumka­n.

“Lebih membanggak­an ada antara penulis khat negara memenangi pertanding­an di peringkat antarabang­sa seperti anjuran Pusat Penyelidik­an Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam Persidanga­n Kerjasama Islam (IRCICA) di Istanbul,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan di Masjid Putra di sini, semalam.

Anugerah disampaika­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalanny­a Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Menerusi pengiktira­fan itu, Mohammed Yusof membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaa­n. Selain itu, lapan individu termasuk mantan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabang­sa Datuk Salahuddin Omar; pakar undang-undang Dr Hashim Mehat; Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia Datuk Fadilah Baharin, pakar Bahasa Melayu Dr Lim Swee Tin, wartawan BH Hasliza Hassan, atlet paralimpik Abdul Latif Romly serta Penyelaras Pentadbira­n Masjid dan Surau (PPMD) Kedah Mohd Kamal Ismail turut dinamakan sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mereka menerima wang tunai RM20,000, trofi serta sijil penghargaa­n.

Bagi Hasliza, 44, yang sudah berkecimpu­ng selama 20 tahun dalam bidang kewartawan­an berkata, anugerah itu sebagai pengiktira­fan kepada wartawan dan industri media sebagai sumber penyaluran maklumat kepada masyarakat.

“Rasa bangga juga kerana tugas kita selama ini mendapat pengiktira­fan daripada kerajaan dan JAKIM, malah anugerah ini juga saya dedikasi kepada semua wartawan kerana kita daie yang secara tidak langsung menyahut seruan Rasulullah menyampaik­an walaupun satu ayat,” katanya.

 ??  ?? RAPTAI Istiadat Keberangka­tan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14.
RAPTAI Istiadat Keberangka­tan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia