Harian Metro

Penyamun kenduri rumah ‘kosong’ Terbaring parah

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Seorang kakitangan swasta kerugian lebih RM5,000 apabila rumahnya di

Taman Muhibbah, di sini, dipecah masuk selepas tiga hari meninggalk­an kediamanny­a itu untuk balik ke kampung.

Mangsa yang mahu dikenali Zulkifli, 39, berkata, kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh tiga hari selepas meninggalk­an rumah untuk bercuti ke Melaka dan Johor Bahru pada minggu lalu.

“Saya meninggalk­an rumah dalam keadaan berkunci jam 8 pagi pada 5 Disember lalu. Selepas tiga hari kemudian, saya kembali ke rumah pada jam 11 malam, Khamis lalu.

“Sebaik tiba pada hari berkenaan, saya tidak menyedari rumah dipecah masuk kerana keadaan rumah seperti biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, dia menyedari rumahnya dipecah masuk selepas mendapati komputer riba dan telefon bimbit hilang pada keesokanny­a.

“Saya kemudian membuat pemeriksaa­n di sekitar kawasan rumah sebelum menyedari pagar belakang dirosakkan.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati kunci pendua rumah saya turut dilarikan penjenayah berkenaan yang dipercayai masuk dari pintu belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah.

Seorang lelaki parah apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan di Kilometer 301.3 arah Selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi, mangsa yang berusia 42, berseorang­an memandu kereta model Proton Exora sebelum gagal dikawal setibanya di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Seramai lima anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi didapati, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di lokasi,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang awam di lokasi berjaya mengeluark­an mangsa sebelum anggota bomba tiba.

“Akibat daripada kemalangan itu kereta mangsa mengalami remukkan di bahagian hadapan dan belakang kereta,” katanya.

Azmel berkata, mangsa yang cedera di kepala dan anggota badan dibawa ke hospital berhampira­n bagi menerima rawatan.

„ Drebar cedera di kepala, badan kereta terbabas

 ??  ?? MANGSA dibaringka­n selepas berjaya dibawa keluar daripada kenderaan remuk.
MANGSA dibaringka­n selepas berjaya dibawa keluar daripada kenderaan remuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia