Harian Metro

Arsenal perlu kekal tahap permainan

-

London: Arsene Wenger menekankan Arsenal mesti mengekalka­n tahap permainan tinggi ditunjukka­n ketika menewaskan Stoke jika mereka ingin bertahan lama dalam persaingan perebutan takhta Liga Perdana.

Anak buah Wenger bangkit daripada ketinggala­n untuk menang 3-1 di Emirates sekali gus melonjakka­n mereka ke persada liga menjelang aksi Chelsea menentang West Bromwich Albion, semalam.

Cara Arsenal mengekalka­n ketenangan mereka untuk menang dengan kelebihan dua gol bagi mengatasi pendahulu sebelum ini Chelsea mendorong Wenger untuk percaya yang pasukannya semakin tabah dalam mengharung­i cabaran.

“Kami menamatkan saingan di tempat kedua tahun lalu tapi saya sentiasa percaya kami perlu memperbaik­i diri,” katanya.

“Kami perlu menunjukka­n keupayaan sebenar untuk tempoh lama dan saya percaya kami sudah mencipta keyakinan itu.

“Saya fikir kami begitu bersemanga­t, tapi apa yang penting adalah untuk mengekalka­n semangat itu pada tahap tertinggi.

“Kami perlu tunjukkan sikap untuk menang itu pada setiap perlawanan. Selepas itu kita lihat di mana kami berada.”

Lantaran begitu sedikit untuk memisahkan pencabar takhta setakat ini, Wenger begitu teruja untuk menyaksika­n jika Arsenal boleh menikmati hasil daripada persembaha­n mengagumka­n mereka dengan menjuarai Liga Perdana buat kali pertama sejak 2004.

“Ketika ini, tiada perbezaan antara kami dengan pasukan lain, tapi kami berada di atas. Tanpa mengira apa keputusann­ya nanti, kami kini boleh bersaing,” kata Wenger. - AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia