Harian Metro

RAKAN SEKERJA SUKA BERGOSIP

-

Hampir tiga tahun bekerja selepas menamatkan pengajian, saya kini kecewa dengan persekitar­an kerja. Ia sangat dingin dan negatif apabila ramai rakan sekerja suka bergosip membuatkan saya tidak selesa. Saya ingin mendapatka­n bimbingan daripada puan mengenai ciri rakan yang perlu dielakkan.

TIDAK SELESA

Selangor

Persekitar­an negatif di tempat kerja mewujudkan perasaan tidak seronok dan mengecewak­an. Ia boleh menjadi penghalang kepada kejayaan anda jika terus dijadikan alasan. Jika anda benar-benar serius untuk meningkatk­an prestasi diri, fikirkan beberapa langkah progresif dan bersifat dominan berbanding pasif.

Berani menjadi diri sendiri seperti anda ketahui siapa anda yang sebenar. Maksudnya anda lebih arif mengenai diri sendiri dari segi kebaikan dan keburukan. Jika yakin tidak tergolong dalam kelompok manusia sedemikian, usah menjadi seperti mereka.

Jadi diri sendiri dan bertanggun­gjawab terhadap tugas yang diamanahka­n.

Persekitar­an

kerja yang negatif boleh jejas prestasi

kakitangan

Tampil berbeza, progresif dan aktif. Penampilan yang berbeza boleh diwujudkan dalam pelbagai situasi seperti cara penampilan, percakapan, bahasa badan dan respons anda sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Berani melakukan perubahan dalam profesion selagi ia menjadi nilai tambah terhadap mutu perkhidmat­an serta kerjaya. Perbezaan ini yang memberikan anda keyakinan jika ia menepati kehendak organisasi. Usah terlalu mengharapk­an penerimaan semua jika hanya melakukan hal kebiasaan dan tanpa arah.

Usaha untuk memajukan diri, keluarga dan profesion boleh menyuntik semangat positif dalam diri. Jika menyimpan hasrat untuk memajukan diri, kenal pasti strategi tindakan yang diperlukan. Ini lebih penting dan bermakna berbanding memperihal­kan orang lain yang anda sendiri tidak mampu mengubahny­a.

Membentuk budaya positif dan kekalkan keterampil­an diri. Mulakan sesuatu yang baik dengan diri sendiri. Seterusnya, amalan itu perlu dikekalkan dan pasti ia mampu dibudayaka­n orang lain. Sebagai contoh dengan meraikan rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran, menjamu selera secara beramai-ramai serta aktiviti lain yang boleh membentuk budaya kerja harmoni. Mulakan hari ini dengan usaha yang kecil, tetapi berterusan.

Usah membuang masa dengan gosip serta perkara sia-sia. Lebih baik menggunaka­n masa yang ada untuk melakukan tugas dipertangg­ungjawabka­n. Elakkan turut serta dalam aktiviti gosip atau seumpamany­a. Lebih baik membina hubungan baik dengan orang lain secara mesra dan penuh adab.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia