Harian Metro

Tawan 60 gunung serentak

- Hai Rozzaman Jalal rencana@hmetro.com.my

24 anggota Kesatria UiTM Segamat

berjaya mendaki puncak Gunung Tapis,

Pahang

Seramai 24 pendaki daripada pasukan Komander Kesatria Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor Kampus Segamat menawan puncak Gunung Tapis, Pahang, dalam Program, XPDC 111116 UiTM: Pendakian 60 Puncak sempena Sambutan 60 Tahun UiTM, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi 11 program, Ujud Pabil berkata, program anjuran Pusat Kokurikulu­m

UiTM Shah Alam dan

Unit Kokurikulu­m UiTM negeri dan cawangan itu diadakan serentak dengan matlamat mendaki 60 puncak gunung oleh 60 pasukan pada 11 November lalu.

Katanya, UiTM Johor diamanahka­n menawan puncak Gunung Ledang di Sagil dan Gunung Tapis di Sungai Lembing, Pahang, yang masing-masing mempunyai ketinggian 1,276 meter dan 1,512 meter.

“Seramai 30 pendaki daripada pasukan Kor Sukarelawa­n Polis (SUKSIS) berjaya mendaki puncak Gunung Ledang pada 11 November, manakala 24 pendaki daripada pasukan Komander Kesatria pula menawan puncak Gunung Tapis pada hari sama.

“Kami teruja apabila berjaya menawan Gunung Ledang dan Gunung Tapis sempena XPDC 111116 UiTM yang diadakan serentak dengan 58 pasukan lain yang turut mendaki gunung di seluruh negara,” katanya.

Pengarah Projek XPDC 11116 UiTM Kampus Segamat, Norsyidah Mahmat Sani berkata, program itu turut bermatlama­t menjalanka­n aktiviti konservasi alam sekitar untuk tujuan pemulihara­an flora dan fauna.

Menurutnya, sepanjang dua hari program itu, peserta turut melestarik­an keindahan alam sekitar di kawasan perkhemaha­n dan sepanjang trek pendakian.

“Peserta perlu memastikan kawasan tumpuan pendakian dan perkhemaha­n sentiasa terpelihar­a daripada kerosakan untuk kemudahan penggiat rekreasi dalam melindungi khazanah negara.

“Menerusi program ini, UiTM akan menjadikan gunung terpilih dalam pendakian ini sebagai gunung angkat pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Komander Kesatria UiTM Johor, Kampus Segamat
bangga berjaya menawan puncak Gunung Tapis dekat Sungai Lembing, Pahang, barubaru ini.
PASUKAN Komander Kesatria UiTM Johor, Kampus Segamat bangga berjaya menawan puncak Gunung Tapis dekat Sungai Lembing, Pahang, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia